Rabu, 19 April 2017

Konpip kali ke 15 Tahun 2017

Konvensyen Pelajar Islam Pahang (Konpip) kali ke 15 tahun 2017 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Konpip yang diadakan di Sekolah Menengah Agama Maran disertai seramai  173 orang perwakilan dari 17 buah SMAN. Hanya Sekolah Menengah Agama Rompin yang tidak dapat turut serta.

Program tahunan yang menghimpunkan kepimpinan Badan Dakwah Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang adalah anjuran bersama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama (Permai) dan Sekolah Menengah Agama Maran selaku tuan rumah.

Konvensyen ini dirasmikan oleh Ustaz Lebai Idris bin Ali, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang mewakili Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang.
Badan Dakwah terbaik sepanjang konvensyen ini jatuh kepada Badan Kepimpinan dan Tarbiyah (BAKAT) SMA Bukit Ibam.

Semoga program ini terus berjalan lancar dan semakin maju jaya.

untuk lebih info  di : https://www.facebook.com/KONPIP/


 Pameran dan jualan

 Barisan Pengetua dan guru SMAN menjamu selera di hari perasmian Konpip

 AJK Pelaksana bergambar kenangan

 Seluruh perwakilan Lelaki

Perwakilan Perempuan

 
Great HTML Templates from easytemplates.com.