Isnin, 6 Disember 2010

Komitmen peserta KRIP'10, jana semangat urusetia

Kuantan - 5 Disember,- Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Islam Pahang atau yang sangat di kenali dengan singkatannya PERMAi mengorak langkah maju ke hadapan sekali lagi apabila berjaya menganjurkan satu program bagi mengisi masa cuti sekolah ini iaitu Kem Remaja Islam Pahang (KRIP '10) pada 3-5 Disember 2010 bertempat di Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok, Kuantan.

Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu telah di sertai oleh 62 orang peserta yang hadir dari seluruh daerah negeri Pahang yang sedang bercuti. Mereka telah dipilih oleh Jawtankuasa PERMAi berdasarkan prestasi serta komitmen mereka di dalam program-program yang pernah mereka sertai di bawah anjuran PERMAI.

Urusetia KRIP sedang memebrikan taklimat dan penerangan

Kem Remaja Islam Pahang pada kali ini merupakan program indoor yang memuatkan beberapa pengisian serta modul bagi melatih sifat kepimpinan, berdikari, bermotivasi, berakhlak serta tidak juga ketinggalan beberapa modul yang diadakan bagi mengasah minda setiap peserta.

Masing-masing tekun dan mencatat isi kandungan penting...

Perbincangan di dalam kumpulan / LDK

Peserta juga di bentuk di dalam beberapa kumpulan untuk memudahkan pergerakan program serta mewujudkan kerjasama di dalam kumpulan yang dipilih secara rawak dengan mengambil kira berlainan daerah.


Di dalam kumpulan mereka telah diberikan modul-modul yang menuntut mereka supaya bekerjasama, menyelesaikan masalah, merancang masa depan, mengatur strategi dan perbincagan SWOT analisis.


Selain itu, slot ceramah yang diadakan telah memuatkan tajuk-tajuk yang sangat sesuai dengan keadaan semasa dengan penyampaian yang baik dari tenaga penceramah yang di jemput.

Peserta juga di hidangkan dengan modul kepimpinan di dalam kumpulan, pengurusan profesioanal sebagai seorang pelajar serta beberapa pendedahan masalah ISlam semasa dengan tujuan untuk menyedarkan golongan remaja akan peri pentingya ilmu di dalam kehidupan yang serba mencabar mutakhir ini yang sangat menuntut kepda ilmu duniawi dan ukhrawi.

Azraie Saballah, Pengerusi PERMAI berasa sungguh kagum dengan kesungguhan peserta dan komitmen yang diberikan di dalam setiap slot yang  dijalankan walaupun majoriti peserta keletihan.

Manakala Pengarap KRIP '10 Mohd Fahmi Abdul Jalil sangat berpuas hati dengan KRIP pada kali ini kerana Jawatankuasa Urusetia dapat menjalankan kerja dan tugas masing-masing dengan baik dan lancar sehinggakan beliau sanggup untuk menjadi Pengarah pada masa-masa akan datang.

Program ini tamat sekitar jam 10 pagi Ahad 5 Disember 2010 dengan berkahirnya majlis Perasmian Penutup yang telah di rasmikan oleh Pengerusi PERMAI.

Dalam ucapan penutup tersebut, beliau amat berhaap agar peserta yang hadir pada KRIP kali ini dapat memanfaatkan ilmu yang mereka perolehi serta berazam untuk menjadikan agenda ILMU yang terpenting bagi menghadaapi suasana dunia yang sangat mencabar ini. Dengan ilmu jualah segala penyelesaiann kepada masalah yang berlaku. Justru setiap dari peserta perlu menjadikan tahun 2011 dan tahun-tahun berikutnya sebagai satu titik untuk menggandakan usaha di dalam pembelajaran supaya ilmu yang dituntut itu akan menjadi buah dan senjata untuk di gunakan ketiaka berhadapan dengan era globalisasi ini.


Urusetia dan peserta program KRIP'10

Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan KRIP pada kali ini. Tidak lupa buat semua peserta kerana berkorban untuk hadir walaupun dari daerah yang jauh. Semoga semua usaha kita ini akan dinilai oleh Allah sebagai amal jariah sebagai bekal akhirat. Amin.

Isnin, 29 November 2010

Ustaz Tajuddin selamat menjalani operate...



Seluruh warga PERMAI-Pahang mendoakan semoga Ustaz Tajuddin cepat sembuh dan sihat sejahtera....

dari blog ustaz zarimi  .."""""Alhamdulillah...semalam sempat menziarahi Ustaz Tajuddin yang telah selamat menjalani operat akibat kanser tiroid yang di alaminya. Kini beliau telah pulang ke rumah kakaknya di Indera Mahkota dan sering berualang alik ke hospital utk tindakan lanjut. sama2 kita doakan semoga Ustaz Tajuddin cepat sembuh..""""""

dari blog ustz azraie : """"
Syafakallah, Mudahan cepat sembuh buat Ustaz Tajuddin bin Mat Zin yang baru selesai menjalani pembedahan disebabkan kanser tyroid. Pembedahan yang memakan masa 9 jam dan 7 orang Dr. Pakar. Ustaz Tajuddin merupakan AJK PERMAI dan ahli ILMAM Pahang. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam JAIP, dan ditempatkan selaku Imam di Masjid Daerah Jengka Pahang...Harapan supaya sahabat-sahabat sekalian dapat mendoakan kesihatan Ustaz Tajuddin...Ameen.""""""""""""

Ahad, 21 November 2010

Selamat Pengantin Baru

Seluruh warga PERMAI mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Ustaz Hasbullah & Ustazah Wan Aina yang telah selamat menjadi sepasang suami isteri. Semoga Kekal hingga ke syurga abadi,...insya'Allah. 
Layarilah bahtera rumahtangga dengan sebaiknya, 
sesungguhnya perkahwinan merupakan 
sebuah medan perjuangan yang arus ditempuhi 
dengan semua kekuatan kerana jalan mengharunginya
penuh dengan dugaan dan cubaan.....

Isnin, 15 November 2010

Amalan di Hari Wukuf kepada bukan jemaah Haji

"DALAM bulan Zulhijah yang mulia ini, ada satu hari yang dikatakan antara hari yang paling afdal di sisi Allah SWT, selain daripada Jumaat iaitu pada 9 Zulhijah yang lebih dikenali sebagai hari Arafah. Hari Arafah adalah bersempena amalan berwukuf di Padang Arafah, satu daripada rukun fardu bagi umat Islam yang menunaikan ibadat haji.

Pada hari itu, Allah SWT akan membebaskan sesiapa yang menghadiri Padang Arafah dan memuliakan hari itu daripada api neraka. Oleh kerana itu, hari keesokannya ialah Aidiladha, hari kesyukuran dan perayaan bagi umat Islam dengan menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT.
Kelebihan Hari Arafah tidak hanya terhad kepada jemaah haji yang berada di Tanah Suci, malah kelebihan itu turut dapat dinikmati umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji. Sehubungan itu, umat Islam dianjurkan berpuasa pada sembilan hari pertama dalam bulan Zulhijah, terutama pada Hari Arafah. Tidak diragui lagi bahawa puasa adalah amalan yang afdal di sisi Allah SWT berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w,
“Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. (Hadis Muslim).
Selain berpuasa, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan salih seperti solat sunat tahajud, bersedekah, membaca al-Quran dan menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Perlu diinsafi bahawa setiap amalan yang dilakukan pada hari-hari berkenaan akan digandakan ganjaran pahalanya oleh Allah SWT. Begitu juga amalan yang paling afdal di sisi Allah SWT seperti berjihad pada jalan Allah SWT tidak akan dapat meraih ganjaran istimewa sepuluh hari Zulhijah itu melainkan apabila seseorang Muslim itu tercedera atau mati syahid atau kudanya mati dalam medan peperangan. Ibnu Abbas pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Sahabat bertanya, “Adakah itu termasuk juga berjihad pada jalan Allah?”. Jawab Baginda, “Tidak termasuk berjihad pada jalan Allah melainkan orang yang keluar dengan seluruh jiwa raganya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”. (Hadis Bukhari)
Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. juga bersabda,
“Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid”. (Hadis Ahmad).
Pada hari Arafah, setiap jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia akan melaksanakan satu rukun haji iaitu berwukuf di Padang Arafah. Amalan wukuf adalah satu perhimpunan besar manusia padang dengan bahang terik mentari, tiada daya dan upaya melainkan mereka semuanya mengharapkan keredaan Ilahi. Perhimpunan jutaan manusia itu melambangkan perhimpunan besar yang bakal dihadapi setiap manusia untuk dihisab segala amalan diri di Padang Mahsyar kelak.
Oleh itu, setiap insan wajib muhasabah diri dan juga bertaubat terhadap segala dosa sebelum Allah pamerkan segala dosa tersebut di hadapan jutaan manusia di Padang Mahsyar itu.
Dari sudut sejarahnya, ada pendapat yang mengatakan bahawa perkataan Arafah itu berasal dari pertemuan kembali Nabi Allah Adam dan isterinya Siti Hawa yang diturunkan ke bumi secara berasingan dan akhirnya mereka bertemu kembali di lembah yang dikenali sekarang dengan Padang Arafah. Ada juga ulama yang me-nyatakan bahawa ia berasal dari peristiwa pertemuan Nabi Allah Ibrahim dengan isterinya Siti Hajar dan anaknya, Nabi Allah Ismail AS yang lama berpisah.
Sebahagian ulama pula berpendapat perkataan Arafah itu adalah hasil pemahaman Nabi Ibrahim yang menghayati perintah Allah SWT yang tersirat di dalam mimpinya untuk menyembelih puteranya Nabi Ismail. Oleh kerana itulah, hari Wukuf di Arafah juga dikenali sebagai hari Tarwiyah yang bermaksud hari renungan. Dikisahkan, Nabi Ibrahim sentiasa merenung dan mengimbas kembali mimpinya berturut-turut dan akhirnya Baginda faham (Arafa) maksud mimpi dan terus melaksanakan mimpi berkenaan.
Selanjutnya, perhimpunan secara besar-besaran di Padang Arafah menyaksikan suatu jalinan kemas persaudaraan Islam dan juga kesatuan ummah yang utuh agar mereka bersatu teguh dan bersemangat padu dalam meneruskan kesinambungan Islam untuk bertapak di atas bumi Allah ini, bahkan juga meneruskan tradisi kecemerlangan Islam yang telah dirintis oleh generasi Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat serta generasi selepasnya.
Tambahan pula, jalinan yang terbina atas paksi ketakwaan ini dengan pakaian ihram yang sama putih, tanpa mengira kedudukan dan pangkat seseorang, umat Islam melupakan segala prejudis perkauman atau kebangsaan, warna kulit, taraf kedudukan, kekeluargaan dan sebagainya.
Semuanya ini adalah untuk menyedarkan umat manusia bahawa mereka semua pada hakikatnya adalah sama rata di sisi Allah dan mereka semuanya pada hakikatnya berasal daripada tanah.
Begitulah antara kelebihan yang terhampar pada sepuluh hari Zulhijjah yang sewajarnya direbut setiap Muslim yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT. Muslim yang beriman akan sentiasa mengintai peluang keemasan yang disediakan Allah SWT pada sepanjang masa dan seterusnya memanfaatkannya demi meraih keredaan-Nya dan kebahagiaan abadi di akhirat kelak. Muslim yang paling bijaksana di sisi Allah SWT ialah seorang Muslim yang sentiasa bermuhasabah diri dan beramal untuk hari kemudian.

Selasa, 26 Oktober 2010

Balaslah Kejahatan Dengan Kebaikan

Di satu sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta. Hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya dia selalu berkata, "Wahai saudaraku janganlah kami dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya."

Ahad, 10 Oktober 2010

Kenangan dan Sikap Hassan al-Banna

 

Ikhwan-ikhwan di kota Abu Kabir Timur pergi menuju az-Zaqaqiq untuk menghadiri muktamar yang dihadiri Ustadz al-Banna . Di sana Hasan al-Banna berkenalan dengan semua ikhwan dan menghafal nama-nama mereka. Setelah lima tahun, beliau pergi ke Abu Kabur untuk suatu kunjungan. Di sana beliau melihat salah seorang ikhwan yang dahulu pernah berkenalan dengannya di az-Zaqaqiq, kemudian beliau menghampirinya dan memanggil dengan namaya, yaitu Akh Ahmad Syauhan, seorang tukang kayu yang bersahaja. Akh Ahmad Syauhan merasa terkejut dan ia membanggakan hal itu, karena di antara semua ikhwan, ia mempunyai tempat khusus di hati Hasan al-Banna. Adalah akhlak yang terpuji dari Hasan al-Banna bahwa beliau sangat memperhatikan setiap lapisan ikhwan, ia tidak membezakan antara seorang tokoh masyarakat dengan yang lainnya. Semuanya adalah Ikhwanul Muslimin dan Anda tidak mengetahui pada diri siapa kebaikan itu berada.

Khamis, 16 September 2010

Puasa Enam Syawal

Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun. (Hadis riwayat Muslim).

Hadis ini menjadi hujah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.

Selasa, 20 Julai 2010

Pengajaran Ghulam Dakwah 1 : Raja dan ahli Sihir

Artikel ini menghuraikan secara ringkas pengajaran yang boleh didapati dari kisah Ghulam Dakwah dari hadis Riwayat Imam Muslim. Pengajaran ini dipetik dari buku Ghulam ad-Dakwah : Iman dan Harakah, karangan Hisham Soqr.

“Ada seorang raja pada suatu masa dahulu sebelum kamu yang mempunyai seorang ahli sihir.”

Rabu, 14 Julai 2010

Ghulam Dakwah : Pedoman untuk Daie

Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang. Dan Hari (Pembalasan) yang dijanjikan. Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan. Celakalah kaum yang menggali parit. (Parit) Api yang penuh dengan bahan bakar. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk disekelilingnya. Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang yang beriman. Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji. (Al-Buruj 1-8)

Selasa, 13 Julai 2010

PERMAI : Memotivasikan peserta dengan acuan Al-Quran

Motivasi al-Quran bersama Ustaz Zarimi bin Abu Zih

JENGKA, 9 - 11 JULAI 2010 - Program MOTIVASI AL-QURAN anjuran Persatuan Alumni Pelajar-Pelajar Sekolah Agama Negeri Pahang (PERMAI) dengan kerjasama PULAPA Jengka telah berjaya dilaksanakan.

Isnin, 12 Julai 2010

Salam Perjuangan!

Salam..

Buat semua Sahabat PERMAI, di sini kami cuba menyediakan perhubungan yang terbaik buat kita semua.

Kami cuba menambah baik perhubungan antara kita semua dengan menyediakan:

1. Berita-berita terbaru program yang dijalankan oleh Sahabat PERMAI di semua peringkat.

2. Artikel-artikel yang bermanfaat untuk direnungi oleh Sahabat PERMAI.

3. Pengumumam program, sama ada yang berkaitan dengan PERMAI, atau lain-lain yang bermanfaat.

4. Borang kemaskini database bagi sahabat yang telah bertukar maklumat peribadi, atau melanjutkan pelajaran ke mana-mana IPT. Semoga perhubungan yang telah diwujudkan tidak terhenti di sekolah sahaja.

Terima kasih kerana istiqamah menjadi Sahabat PERMAI.

Selamat Berjuang!

 
Great HTML Templates from easytemplates.com.