Selasa, 20 Julai 2010

Pengajaran Ghulam Dakwah 1 : Raja dan ahli Sihir

Artikel ini menghuraikan secara ringkas pengajaran yang boleh didapati dari kisah Ghulam Dakwah dari hadis Riwayat Imam Muslim. Pengajaran ini dipetik dari buku Ghulam ad-Dakwah : Iman dan Harakah, karangan Hisham Soqr.

“Ada seorang raja pada suatu masa dahulu sebelum kamu yang mempunyai seorang ahli sihir.”


  1. Nabi saw tidak menyebut masa, tempat dan nama yang terlibat supaya pengalaman dakwahnya dapat dimanfaatkan oleh semua masyarakat sehingga berlaku kiamat.
  2. Nabi saw menjelaskan dalam hadis tersebut bahawa sistem pemerintahan di dalam masyarakat tersebut adalah sistem yang rosak. Raja bersifat zalim dan menegakkan kerajaan di atas asas sihir, tukang nujum dan paksaan. Tukang sihir akan menggunakan ilmu sihir bagi menafsirkan semua perkara mengikut kehendak nafsu raja, lalu mempengaruhi rakyat supaya mengakui ketuanan raja. Ini kerana sihir sifatnya menipu akan dan menukar hakikat sesuatu benda. Selain itu, raja juga menggunakan paksaan supaya orang ramai akan takut untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak raja.
Sesungguhnya semua pemerintahan yang tidak dibina berdasarkan syariat langit dan hukum Allah, maka ia semestinya akan terbina berdasarkan hawa nafsu dan kezaliman sekalipun bentuknya berbagai-bagai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

 
Great HTML Templates from easytemplates.com.