Isnin, 6 Disember 2010

Komitmen peserta KRIP'10, jana semangat urusetia

Kuantan - 5 Disember,- Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Islam Pahang atau yang sangat di kenali dengan singkatannya PERMAi mengorak langkah maju ke hadapan sekali lagi apabila berjaya menganjurkan satu program bagi mengisi masa cuti sekolah ini iaitu Kem Remaja Islam Pahang (KRIP '10) pada 3-5 Disember 2010 bertempat di Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok, Kuantan.

Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu telah di sertai oleh 62 orang peserta yang hadir dari seluruh daerah negeri Pahang yang sedang bercuti. Mereka telah dipilih oleh Jawtankuasa PERMAi berdasarkan prestasi serta komitmen mereka di dalam program-program yang pernah mereka sertai di bawah anjuran PERMAI.

Urusetia KRIP sedang memebrikan taklimat dan penerangan

Kem Remaja Islam Pahang pada kali ini merupakan program indoor yang memuatkan beberapa pengisian serta modul bagi melatih sifat kepimpinan, berdikari, bermotivasi, berakhlak serta tidak juga ketinggalan beberapa modul yang diadakan bagi mengasah minda setiap peserta.

Masing-masing tekun dan mencatat isi kandungan penting...

Perbincangan di dalam kumpulan / LDK

Peserta juga di bentuk di dalam beberapa kumpulan untuk memudahkan pergerakan program serta mewujudkan kerjasama di dalam kumpulan yang dipilih secara rawak dengan mengambil kira berlainan daerah.


Di dalam kumpulan mereka telah diberikan modul-modul yang menuntut mereka supaya bekerjasama, menyelesaikan masalah, merancang masa depan, mengatur strategi dan perbincagan SWOT analisis.


Selain itu, slot ceramah yang diadakan telah memuatkan tajuk-tajuk yang sangat sesuai dengan keadaan semasa dengan penyampaian yang baik dari tenaga penceramah yang di jemput.

Peserta juga di hidangkan dengan modul kepimpinan di dalam kumpulan, pengurusan profesioanal sebagai seorang pelajar serta beberapa pendedahan masalah ISlam semasa dengan tujuan untuk menyedarkan golongan remaja akan peri pentingya ilmu di dalam kehidupan yang serba mencabar mutakhir ini yang sangat menuntut kepda ilmu duniawi dan ukhrawi.

Azraie Saballah, Pengerusi PERMAI berasa sungguh kagum dengan kesungguhan peserta dan komitmen yang diberikan di dalam setiap slot yang  dijalankan walaupun majoriti peserta keletihan.

Manakala Pengarap KRIP '10 Mohd Fahmi Abdul Jalil sangat berpuas hati dengan KRIP pada kali ini kerana Jawatankuasa Urusetia dapat menjalankan kerja dan tugas masing-masing dengan baik dan lancar sehinggakan beliau sanggup untuk menjadi Pengarah pada masa-masa akan datang.

Program ini tamat sekitar jam 10 pagi Ahad 5 Disember 2010 dengan berkahirnya majlis Perasmian Penutup yang telah di rasmikan oleh Pengerusi PERMAI.

Dalam ucapan penutup tersebut, beliau amat berhaap agar peserta yang hadir pada KRIP kali ini dapat memanfaatkan ilmu yang mereka perolehi serta berazam untuk menjadikan agenda ILMU yang terpenting bagi menghadaapi suasana dunia yang sangat mencabar ini. Dengan ilmu jualah segala penyelesaiann kepada masalah yang berlaku. Justru setiap dari peserta perlu menjadikan tahun 2011 dan tahun-tahun berikutnya sebagai satu titik untuk menggandakan usaha di dalam pembelajaran supaya ilmu yang dituntut itu akan menjadi buah dan senjata untuk di gunakan ketiaka berhadapan dengan era globalisasi ini.


Urusetia dan peserta program KRIP'10

Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan KRIP pada kali ini. Tidak lupa buat semua peserta kerana berkorban untuk hadir walaupun dari daerah yang jauh. Semoga semua usaha kita ini akan dinilai oleh Allah sebagai amal jariah sebagai bekal akhirat. Amin.

 
Great HTML Templates from easytemplates.com.