Khamis, 8 Disember 2011

PELAJAR UKM JADIKAN PERMAI KAJIAN SUBJEK KEMASYARAKATAN

8 DIS 2011 - Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Islam Pahang (PERMAI) telah menerima tawaran daripada beberapa pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk di jadikan kajian di dalam subjek Khidmat Masyarakat. 

Mereka telah memilih PERMAI untuk menjadikan kajian mereka dan mereka perlu mempersembahkan kajian mereka di hadapan pensyarah dalam bentuk video dan dokumen rasmi.

Sesi temuramah telah dipersetujui dan telah berjaya diadakan pada 28 November lalu di Pejabat KAFA Masjid Negara. Semua pelajar yang hadir pada hari tersebut sangat berbesar hati dengan kehadiran wakil PERMAI.

 Ustaz Zarimi mewakili PERMAi dalam temuramah tersebut.

 Ustaz Zarimi menjawab soalan dari pelajar-pelajar UKM.

Pihak PERMAI telah menghantar wakil Timbalan Pengerusi iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohd Zarimi Bin Abu Zih. Pengerusi PERMAI Al-Fadhil Ustaz Azraie Mohd Saballah tidak dapat hadir kerana bertembung dengan program di Pahang.

Temuramah yang diadakan itu berlangsung selama 1 jam 2 minit. Ustaz Zarimi di hujani berbagai soalan berkenaan dengan PERMAI bermula PERMAI di tubuhkan hingga perancangan PERMAI tahun 2012.

Antara soalan yang menarik ialah kenapa PERMAI hanya fokus kepada sekolah-sekolah agama di Pahang, sedangkan sekolah menengah harian biasa juga terjebak dengan gejala sosial. Ustaz Zarimi telah memaklumkan bahawa menjaga sekolah agama sangat penting kerana fitnah akhir zaman ini turut terpalit dengan gejala sosial ini. Sekiranya maslaah sosial di sekolah agama tidak dapat di selesaikan, maka di manakah lagi harapan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar agama?? kepercaan mereka akan kurang andai gejala negatif ini berleluasa di sekolah agama.

Melihat juga kemampuan PERMAi dengan tenaga yang terbatas, maka PERMAI harus fokus kepada sekolah menengah agama terlebih dahulu.



Sesi temuramah itu berakhir sekitar jam 4 petang. semoga PERMAI terus maju dan cemerlang daalam gerak kerja menyampaikan dakwah kepada anak bangsa juga remaja Islam kini yang kian terjebak dengan gejala negatif ciptaan barat.

Jumaat, 25 November 2011

Maal Hijrah 1433 Hijrah


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan rahmat dan hidayahNya dapatlah kita bersama-sama menyambut Maal Hijrah bagi tahun 1433 Hijrah ini.

2. Hijrah atau perpindahan Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah merupakan satu titik sejarah yang amat besar ertinya ke atas perkembangan Islam dan juga kekuatan umatnya.

3. Pentingnya Hijrah itu tidak dapat kita nafikan kerana ia adalah satu Sunnah Nabi yang memberi pedoman terhadap sikap dan gerak-geri kita. Antaranya, dengan Hijrahlah kedudukan umat Islam telah berubah. Kalaulah sebelum Hijrah mereka telah dihina, diseksa dan dihalang daripada melakukan tuntutan-tuntutan agama, maka setelah berhijrah Rasulullah s.a.w. dan umat Islam tidak lagi menerima penghinaan dan penyeksaan. Sokongan kaum Muslimin di Madinah, serta terlepasnya daripada cengkaman golongan Musyrikin Mekah, telah berjaya membebaskan umat Islam daripada belenggu penindasan dan penghinaan.

4. Selain daripada itu Hijrah juga telah mengubah keadaan kesempitan hidup yang dialami oleh umat Islam dalam bidang ekonomi. Di Madinah khususnya, orang-orang Islam berpeluang dan berjaya membangunkan ekonomi mereka. Hijrah juga menjadikan kumpulan Muslimin yang kecil bilangannya di Mekah dahulu bertambah besar dan kuat sehingga terbentuknya sebuah negara Islam di Madinah. Negara Islam yang baru muncul itu kemudian telah berkembang maju dan kuat sehingga dapat menandingi pemerintahan-pemerintahan lain di sekitarnya. Kepimpinan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai ketua Negara Islam Madinah yang kemudiannya diteruskan oleh sahabat-sahabatnya yang jujur dan ikhlas telah berjaya memperluaskan Negara Islam sehingga ke Eropah dan Asia Tengah.

5. Hijrah Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah juga memberi pengajaran yang penting kepada umat Islam. Untuk memastikan perkembangan agama Islam, Baginda sanggup berundur dahulu dan merintis jalan yang lain yang lebih selamat. Demikian juga dengan kita umat Islam di zaman kemelesetan ini. Jika kita lemah kita harus mencari jalan untuk menguatkan diri sebelum kita menghadapi sesuatu cabaran. Berundur sementara waktu tidak bermakna kegagalan. Ianya satu strategi sahaja. Kita tidak harus angkuh dengan taraf kita sehingga kita tidak sanggup membuat sesuatu yang dianggap rendah atau menghinakan, walhal perbuatan itu boleh menolong kita apabila keadaan berubah. Sebenarnya, apabila kita mengakui dan menerima hakikat itu dan kita menyesuaikan langkah-langkah kita dengan hakikat tersebut demi kejayaan jangka panjang, kita melakukan hijrah yang semangatnya tidak berbeza dengan Hijrah junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w.

6. Sesuai dengan perjuangan Rasulullah s.a.w. yang membetul dan memperkuatkan akidah, memperbaiki dan meningkatkan ekonomi, memaju dan meningkatkan ilmu pengetahuan serta membentuk dan memelihara Kerajaan Islam, maka kita sekarang ini juga berusaha ke arah itu.

7. Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa Hijrah ini ertinya berpindah, maka kita umat Islam hendaklah berpindah atau mengubah sikap yang kurang baik dan tidak menguntungkan kepada sikap yang lebih berfaedah, walaupun terpaksa berhadapan dengan berbagai cabaran. Nasib umat Islam tidak akan berubah jika kita sendiri tidak mahu mengubahkannya. Sikap manja, kurang berusaha, mengharap belas kasihan orang adalah sifat-sifat hina yang tidak disukai oleh Islam dan bertentangan dengan semangat Hijrah ini.

8. Hijrah boleh juga kita ertikan sebagai 'keluar' daripada sesuatu kedudukan atau keadaan yang buruk atau tertekan kepada keadaan yang lebih selesa dan terjamin. Umat Islam mestilah mengutamakan unsur ikhtiar dalam hidup kita setiap hari oleh kerana penghijrahan Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah adalah merupakan satu ikhtiar.

10. Peristiwa Hijrah juga mengajar kita supaya bersedia menghadapi sebarang cabaran atau kemungkinan, dan dengan itu berusaha supaya kemungkinan sesuatu peristiwa buruk tidak berlaku. Sebelum Hijrah, Rasulullah s.a.w. telah merapatkan perhubungan dengan pembesar-pembesar Madinah dan sudah terdapat perjanjian dan sumpah setia orang Madinah kepada Baginda. Apabila di Madinah, penganut Islam telah menghadapi beberapa percubaan daripada kaum Jahiliah untuk menawan Madinah. Semua dugaan ini telah dapat diatasi oleh Rasulullah dan pengikut-pengikutnya, apabila mereka bersedia untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan buruk dan tentangan-tentangan seperti itu.

Semua ini adalah sebahagian sahaja daripada pelajaran yang boleh diperolehi daripada satu peristiwa yang amat penting dalam sejarah perkembangan Islam. Jika bahagian yang kecil ini sahaja memberi panduan kepada kehidupan umat Islam, ini sudah boleh menjamin kebahagiaan yang besar bagi kita.

Dalam sambutan Maal Hijrah yang akan diadakan pada tiap-tiap tahun, kita mungkin dapat memperolehi lain-lain pelajaran pula daripada peristiwa Hijrah. Tidak syak lagi bahawa sedikit demi sedikit sambutan Maal Hijrah akan menjadi satu daripada cara bagi mengembangkan ajaran dan nilai hidup umat Islam yang boleh menambahkan kebahagiaan kita. Oleh itu, kita rayakanlah Maal Hijrah dengan penuh kesedaran dan kefahaman akan pentingnya peristiwa yang berkat ini.

Sempena sambutan peristiwa Hijrah yang bersejarah ini, marilah kita bersama-sama memperkuatkan keazaman dan mengembleng tenaga menjalankan kewajipan. Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala semoga perjuangan kita akan sentiasa diberkati dan dilindungiNya.

Jumaat, 9 September 2011

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum wbt.

Permai mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan 
kepada semua pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan 
UPSR, PMR, SPM, STPM & STAM 2011 
yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Semoga Allah memudahkan antum/tunna semua dalam menjawab serta di beri kejayaan yang cemerlang, insya'Allah!.

Isnin, 16 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Khamis, 10 Mac 2011

KONPIP 2011 : Peserta hadir sebab 3K

Gimik perasmian..

6 Mac, Padang Tengku - Konvesnyen Pelajar Islam Pahang (KONPIP) 2011 yang menghimpunkan semua legasi kepimpinan Badan Dakwah dan Kepimpinan asrama dari semua sekolah menengah agama negeri pahang telah berlangsung dengan jayanya.

KONPIP pada tahun ini adalah anjuran bersama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dengan usahasama Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Islam Pahang (PERMAI) telah dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abu BAkar Bin Saad, Penolong Pegawai Penaziran Bahagian Pendidikan JAIP.

Dalam ucapannya beliau menegaskan bahwa kehadiran semua perserta adalah di sebabkan 3K iaitu kepercayaan, kualiti, keyakinan. Semua pelajar perlu bersyukur dengan 3K yang Allah anugerahkan serta mendapat kepercayaan dari sekolah untuk membantu pihak pentadbir di sekolah bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan JAIP.
Antara pengetua dan tetamu yag hadir semasa majlis perasmian..
Perbincangan dalam kumpulan..SWOT analisis..
Slot LDK bersama fasilitator..


Menurut Pengarah KONPIP 2011, Sdr Anuar Azizi (Alumni Kulliyah), beliau menyatakan semua peserta sangat berpuas hati dengan pengurusan program kerana banyak ilmu pengurusan pentadbiran persatuan serta pengendalian SWOT analisis. Mereka sangat beruntung kerana mereka dapat mengenali SWOT analisis ketika di sekolah menengah.

Semoga program tahunan ini akan menjadi salah satu agenda perkembangan yang baik dalam dunia dakwah di negeri Pahang ini.

Sesi penggambaran perasmi bersama urusetia..

Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan KONPIP pada kali ini.

Selasa, 15 Februari 2011

SaLaM mAuLiDuR RaSuL SAW 1432 H

¤SaLaM mAuLiDuR RaSuL SAW 1432 H¤  

Nabi Muhammad SAW b'tahap kekasih Allah, b'cucuran darah dilukai dipanah, dilontar dihina dicerca diludahi, demi perjuangan Islam. Namun kita kdgkala rebah t'sungkur sblm melgkh ke medan hanya krn ditimpa ujian malas & takut.

Sambutan Maulidur Rasul SAW yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti tauladan Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah. Jasa besar Nabi Muhammad saw adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama
manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.

Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.
Sedangkan pada diri Rasulullah itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

Rasulullah SAW telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad SAW inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.

Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah SAW yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam. Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Khamis, 10 Februari 2011

Memperingati 60 Tahun Syahid Hassan Al-Banna (12 Feb 1949 - 12 Feb 2011)

Mudah-mudahan Intifadhah yang sedang berlaku di Mesir saat ini membawa kita untuk kembali mengingati tokoh penting gerakan Ikhwan Muslimin yang pernah bergerak dan hidup untuk dakwah tanpa mengenal penat, lelah dan jemu walau dihimpit pelbagai mehnah dan tribulasi. Inilah Imam Hasan Al-Banna (As-Syahid, InsyaAllah).
Lahir pada tahun 1906 dan menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin pada tahun 1928 dan Ikhwan pernah diharamkan pada tahun 1948 serta semua asetnya disita.
Wajah tenang sang da'ie ilallah.
Kemuncaknya, beliau ditembak mati pada 12 Februari 1949 ketika keluar dari pejabat Syubban Muslimin dalam satu tragedi berdarah yang sengaja dirancang.


Hasan Al-Banna dengan uniform "Unit Amal" (ketenteraan) Ikhwan Muslimin
Bersama sahabat-sahabat seperjuangan dan murid-muridnya
Bersama pendukung perjuangan Islam di Mesir
Hassan Al-Banna memimpin demonstrasi bersama mahasiswa menentang pencerobohan British ke atas Mesir (1946) dengan peperangan sengit sehingga tahun 1948 dan menghantar kader-kader Ikhwan menggempur penjajah Yahudi yang masuk ke Palestin pada tahun 1948.
Sedang menyampaikan pidato
Sentiasa menyeru manusia baik orang awam mahupun pemerintah agar kembali berpegang kepada Islam
Suasana di pejabat beliau
Kezaliman dan penindasan yang begitu dahsyat terhadap Ikhwan Muslimin berlaku antaranya di zaman pemerintahan Pres.Gamal Abdul Naser (atas). Syed Quthb dan beberapa tokoh lain terbunuh di era pemerintahannya.
Raja Farouq antara yang turut menghadapi Ikhwan Muslimin di era pemerintahan Gamal Abdul Naser.
Tokoh gerakan Islam di Indonesia, H.Agus Salim menziarahi Al-Banna bersama H.Rasjidi sebagai wakil kerajaan Indonesia bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan Ikhwan kepada perjuangan Indonesia
Anda boleh membaca senarai nama-nama tokoh Ikhwan Muslimin yang dibunuh, digantung, ditembak, diseksa dan dipenjara dibawah beberapa Pres.Mesir sejak pembunuhan Al-Banna pada artikel saya pada Bulan Mac 2001 diblog ini. 


Sumber : http://arruhuljadid86.blogspot.com/

Rabu, 12 Januari 2011

Peringatan buat mereka yang hobinya melayari INTERNET..

Menggunakan Internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan  memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"

Petikan Kitab Fiqh Al-Jihad
Prof. Dr. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi


Ahad, 9 Januari 2011

HIJRAH seperti Hijrah RASULULLAH SAW..

Sebelum memulakan penulisan artikel ini, Saya mengucapakan Selamat Tahun Baru Hijrah, mudah-mudahan anda semua mempunyai niat yang lebih baik untuk memajukan diri anda dari kebiasaan yang lama kepada tahap yang lebih baik lagi.

Maal Hijrah merupakan detik permulaan hijrah Rasulullah saw ke Kota Madinah untuk mengembangkan Islam dengan lebih baik lagi, hijrah juga bertujuan untuk mengelakkan umat Islam dari dizalimi oleh kaum kafir Quraisy. Setelah tibanya Rasulullah dan umat Islam Muhajirin Mekah yang disambut dengan penuh rasa kasih sayang dan persaudaraan dari penduduk Ansar Madinah, maka Negara Islam yang bertama dapat dilahirkan dengan menjadikan agama Islam sebagai teras atau tunggak perlembagaan negara Islam Madinah. Ketika itu, ramai umat manusia diseluruh dunia datang ke Madinah untuk melihat sendiri kerajaan yang dibina atas perpaduan umah yang tidak mementingkan kedudukan, pangkat, harta dan sebagainya sehingga memberikan perlindungan kepada semua rakyatnya. Ramai yang datang ke Madinah dengan rasa ingin tahu apakah formula yang digunakan oleh Rasulullah dan mereka pulang ke negara mereka dengan membawa syiar Islam atau dengan memeluk agama Islam.

Sebagai pengajaran dari sambutan Maal Hijrah, perlu kita ingat bahawa pengorbanan Nabi Muhammad saw untuk menegakkan Islam dizaman jahiliah amat memerikkan. Sebelum bermulanya peristiwa hijrah, umat Islam di Makah ditindas dan dizalimi oleh Kaum Quraisy. Di sinilah bermula kisah yang paling cemerlang dan indah yang pernah dikenal manusia dalam sejarah pengejaran yang penuh bahaya, demi kebenaran, keyakinan dan iman.

Sahabat-sahabat Baginda banyak berkorban dan bersama Rasulullah dalam semua aspek seperti harta, nyawa, tenaga dan apa sahaja mereka sumbangkan untuk menegakkan dakwah Islam bersama Rasulullah.

Saidina Abu Bakar telah menyediakan dua ekor untanya san diserahkan kepada Abdullah b. Uraiqiz untuk digunakan dalam hijrah mereka. Apabila mereka sudah bersedia untuk meninggalkan Mekah. Mereka yakin bahawa Quraisy pasti akan menjejaki mereka. Oleh karena itu Rasulullah meminta mereka melalui jalan lain dari jalan yang sering digunakan orang lain untuk pergi ke Madinah. Perjalanan mereka bermula pada waktu lain (bukan waktu kebiasaan pendagang atau berhijrah).

Lagi kisah yang dapat diambil, iaitu pengorbanan Saidina Ali Bin Abi Talib yang sanggup menggantikan tidur Rasulallah ketika mana rumah Rasulallah dikepung oleh Kaum Quraisy. Setelah Kaum Quraisy masuk ke dalam rumah, mereka mendapati bahawa Rasulallah sedang tidur dan mereka segera membukakan selimut itu dan mendapati ianya bukan Rasulallah tetapi Saidina Ali Bin Abi Talib tidur di tempat Rasulallah.

Begitu juga yang berlaku ketika Rasulallah dan Saidina Abu Bakar menyembunyikan diri di dalam Gua Thaur. Semasa berada di Gua Thaur, tiada siapa yang dapat menjejaki mereka, kerana jejak mereka dipadam oleh Amir Bin Fuhaira sebagai pengembala kambing. Tiba-tiba datang sekumpulan lelaki muda dari Kaum Quraisy bertanya kepada Amir : nampakkah kamu Muhammad lalu di sini? Amir menjawab : saya tidak melihat ada orang di sini. Setelah bertanya kumpulan pemuda Quraisy tersebut naik ke Gua Thaur untuk melihat di dalamnya. Tiba-tiba mereka mendapati pintu Gua Thaur ditutup oleh sarang labah-labah dan ada dua ekor burung sedang bertelur di sarangnya. Mereka beranggapan bahawa gua ini tiada penghuni, kalau ada tentu tiada sarang labah-labah dan sarang burung.

Muslimin Madinah Menantikan Kedatangan Rasulallah. Jarak mereka dengan Madinah (Yathrib) sudah dekat. Selama mereka dalam perjalanan yang sungguh meletihkan itu, berita-berita tentang hijrah Nabi dan sahabatnya telah diketahui oleh penduduk Madinah. Semua kaum Muslimin sedang menantikan kedatangan Rasulullah dengan hati penuh rindu, ingin melihatnya, ingin mendengar perbualannya dan sebagainya, kerana sebilangan besar penduduk Madinah belum melihatnya, walaupun mereka telah mendengar mengenai Rasulullah dan Islam. Semua itu membuat mereka rindu sekali ingin bertemu, ingin melihatnya. Setelah Rasulallah tiba sahaja di Madinah, penduduk Madinah iaitu kaum Ansar dan Muhajirin menyambut Baginda dengan paluan kompang dan nasyid Tala’al Badru Alaina.
Pengajaran Kisah

Sebagai umat Islam, kita perlu mengambil iktibar dan tauladan di atas segala pengorbanan Nabi dan para sahabatnya. Cuba kita fikirkan selama kita hidup banyak mana pengorbanan kita terhadap Islam. Pada tahun baru Islam (tahun Hijrah), marilah hijrahkan diri ke jalan Allah iaitu jalan yang diradhoi Allah. Janganlah mulakan kehidupan pada tahun baru ini hanya semata-mata keduniaan sahaja. Tidak rugi berhijrah kerana Allah, kerana kita akan mendapat segalanya di dunia dan di akhirat. Sepertimana hadis Nabi yang bermaksud :
“Setiap pekerjaan dimulakan dengan niat, Barang siapa berhijrah kerana Allah dan Rasulnya maka dia akan mendapat dunia dan akhirat, dan barang siapa yang berhijrah kerana dunia dan perempuan yang ingin dikahwininya makan dia akan memiliki dunia dan perempuan tersebut”.

Sempena Sambutan Maal Hijrah ini, mari berhijrah dua perkara dalam diri kita iaitu hijrah rohani dan hijrah jasmani, diantaranya sepertimana berikut :
  1. Hijrah rohani ialah seseorang yang menghijrahkan dirinya kearah yang agama Allah seperti beliau mendekatkan diri ke masjid dan majlis-majlis ilmu yang sebelum ini tidak pernah dihadirinya. Buangkan penyakit-penyakit hati yang sering menjauhkan diri kepada Allah seperti mempunyai perasaan tamak, hasad dengki, riak, menunjuk-nunjuk kelebihan yang dimiliki dan sebagainya. Jika seseorang itu dapat mengubah hatinya atau psikologinya kearah yang baik dan memiliki akhlak yang baik, nescaya ia akan mempunyai perasaan cintakan Allah dan Rasulnya. Malah dirinya akan disukai oleh masyarakat sekelilingnya. Orang seperti ini sering disenangi oleh masyarakat kerana ia mempunyai peribadi yang baik. Apabila ia terkena musibah atau ujian Allah, maka dia tabah dan tenang hatinya menghadapi ujian Allah, sedikitpun ia tidak bersungut dan gelisah dengan ujian Allah ke atas dirinya.
  2. Hijrah Jasmani ialah seseorang itu melakukan perubahan dirinya kearah yang lebih baik, sepertimana bersenam, memiliki pakaian yang baik dari segi syarak, ingin memiliki pekerjaan yang baik, ingin memiliki taraf akademik yang baik dan sebagainya.Jasmani perlu sihat kerana ia akan memudahkan kita beribadah kepada Allah dengan lebih sempurna, begitu juga memiliki pekerjaan yang baik supaya kita tidak mencuri disebabkan tekanan hidup, tukar pakaian daripada berpakaian yang kurang sempurna menutup auratnya sehingga sempurna menutup auratnya dan banyak lagi.
Setiap hijrah perlu dimulakan dengan hijrah rohani dahulu, kerana ia merupakan faktor dalaman untuk mengerakkan faktor luaran. Apabila hati menjadi baik dan sentiasa beribadah kepada Allah, maka dengan sendirinya ia dapat mencegah jasad (jasmani) kita dari perlakuan jahat dan dusta. Tetapi apabila diri kita mempunyai hati yang hitam dan kotor, maka payahlah kita untuk melaksanakan ibadah kepada Allah. Sepertimana firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mugkar”.

 
Great HTML Templates from easytemplates.com.