Selasa, 15 Februari 2011

SaLaM mAuLiDuR RaSuL SAW 1432 H

¤SaLaM mAuLiDuR RaSuL SAW 1432 H¤  

Nabi Muhammad SAW b'tahap kekasih Allah, b'cucuran darah dilukai dipanah, dilontar dihina dicerca diludahi, demi perjuangan Islam. Namun kita kdgkala rebah t'sungkur sblm melgkh ke medan hanya krn ditimpa ujian malas & takut.

Sambutan Maulidur Rasul SAW yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti tauladan Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah. Jasa besar Nabi Muhammad saw adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama
manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.

Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.
Sedangkan pada diri Rasulullah itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

Rasulullah SAW telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad SAW inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.

Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah SAW yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam. Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Khamis, 10 Februari 2011

Memperingati 60 Tahun Syahid Hassan Al-Banna (12 Feb 1949 - 12 Feb 2011)

Mudah-mudahan Intifadhah yang sedang berlaku di Mesir saat ini membawa kita untuk kembali mengingati tokoh penting gerakan Ikhwan Muslimin yang pernah bergerak dan hidup untuk dakwah tanpa mengenal penat, lelah dan jemu walau dihimpit pelbagai mehnah dan tribulasi. Inilah Imam Hasan Al-Banna (As-Syahid, InsyaAllah).
Lahir pada tahun 1906 dan menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin pada tahun 1928 dan Ikhwan pernah diharamkan pada tahun 1948 serta semua asetnya disita.
Wajah tenang sang da'ie ilallah.
Kemuncaknya, beliau ditembak mati pada 12 Februari 1949 ketika keluar dari pejabat Syubban Muslimin dalam satu tragedi berdarah yang sengaja dirancang.


Hasan Al-Banna dengan uniform "Unit Amal" (ketenteraan) Ikhwan Muslimin
Bersama sahabat-sahabat seperjuangan dan murid-muridnya
Bersama pendukung perjuangan Islam di Mesir
Hassan Al-Banna memimpin demonstrasi bersama mahasiswa menentang pencerobohan British ke atas Mesir (1946) dengan peperangan sengit sehingga tahun 1948 dan menghantar kader-kader Ikhwan menggempur penjajah Yahudi yang masuk ke Palestin pada tahun 1948.
Sedang menyampaikan pidato
Sentiasa menyeru manusia baik orang awam mahupun pemerintah agar kembali berpegang kepada Islam
Suasana di pejabat beliau
Kezaliman dan penindasan yang begitu dahsyat terhadap Ikhwan Muslimin berlaku antaranya di zaman pemerintahan Pres.Gamal Abdul Naser (atas). Syed Quthb dan beberapa tokoh lain terbunuh di era pemerintahannya.
Raja Farouq antara yang turut menghadapi Ikhwan Muslimin di era pemerintahan Gamal Abdul Naser.
Tokoh gerakan Islam di Indonesia, H.Agus Salim menziarahi Al-Banna bersama H.Rasjidi sebagai wakil kerajaan Indonesia bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan Ikhwan kepada perjuangan Indonesia
Anda boleh membaca senarai nama-nama tokoh Ikhwan Muslimin yang dibunuh, digantung, ditembak, diseksa dan dipenjara dibawah beberapa Pres.Mesir sejak pembunuhan Al-Banna pada artikel saya pada Bulan Mac 2001 diblog ini. 


Sumber : http://arruhuljadid86.blogspot.com/

 
Great HTML Templates from easytemplates.com.