Khamis, 10 Mac 2011

KONPIP 2011 : Peserta hadir sebab 3K

Gimik perasmian..

6 Mac, Padang Tengku - Konvesnyen Pelajar Islam Pahang (KONPIP) 2011 yang menghimpunkan semua legasi kepimpinan Badan Dakwah dan Kepimpinan asrama dari semua sekolah menengah agama negeri pahang telah berlangsung dengan jayanya.

KONPIP pada tahun ini adalah anjuran bersama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dengan usahasama Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Islam Pahang (PERMAI) telah dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abu BAkar Bin Saad, Penolong Pegawai Penaziran Bahagian Pendidikan JAIP.

Dalam ucapannya beliau menegaskan bahwa kehadiran semua perserta adalah di sebabkan 3K iaitu kepercayaan, kualiti, keyakinan. Semua pelajar perlu bersyukur dengan 3K yang Allah anugerahkan serta mendapat kepercayaan dari sekolah untuk membantu pihak pentadbir di sekolah bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan JAIP.
Antara pengetua dan tetamu yag hadir semasa majlis perasmian..
Perbincangan dalam kumpulan..SWOT analisis..
Slot LDK bersama fasilitator..


Menurut Pengarah KONPIP 2011, Sdr Anuar Azizi (Alumni Kulliyah), beliau menyatakan semua peserta sangat berpuas hati dengan pengurusan program kerana banyak ilmu pengurusan pentadbiran persatuan serta pengendalian SWOT analisis. Mereka sangat beruntung kerana mereka dapat mengenali SWOT analisis ketika di sekolah menengah.

Semoga program tahunan ini akan menjadi salah satu agenda perkembangan yang baik dalam dunia dakwah di negeri Pahang ini.

Sesi penggambaran perasmi bersama urusetia..

Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan KONPIP pada kali ini.

 
Great HTML Templates from easytemplates.com.