Isnin, 22 Oktober 2012

Kem Intensif Al-Quran (KIA 2012) di SMA Pelangai

Tuan Pengetua Sekolah Menengah Agama Pelangai, guru-guru  SMA Pelangai bersama para fasilitator

20-21 Oktober 2012 : Kem Intensif Al-Quran (KIA 2012) bertemakan ‘Mesra al-Quran akrab Ilahi’  telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Pelangai, Bentong yang telah disertai oleh  semua pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Agama Pelangai yang berjumlah seramai 104 orang.

Program ini adalah anjuran bersama Sekolah Menengah Agama Pelangai bersama dengan sebuah NGO iaitu  Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Islam Pahang (PERMAI).

Dalam program ini, para peserta dibimbing untuk lebih mahir dan mengenali hukum hakam tajwid seperti hukum Nun mati, hukum Mim mati, hukum Mad dan sejarah al-Quran. Para peserta juga berpeluang untuk memperbaiki bacaan surah Al-Fatihah masing-masing.

Peserta dibimbing oleh 14 orang fasilitator daripada PERMAI yang juga merupakan lepasan sekolah menengah agama di negeri Pahang. Program KIA 2012 ini dirasmikan oleh Tuan pengetua Sekolah Menengah Agama Pelangai, Tuan Hj Mohd Nasir bin Abd Malek.

Rabu, 30 Mei 2012

SMART SOLAT di Masjid TJ

26 Mei 2012, PERMAi dijemput mengendalikan slot LDK dalam program SMART SOLAT di Masjid Taman Temerloh Jaya. Program anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh Jaya dengan kerjasama pihak Masjid Taman Temerloh Jaya.
Peserta terdiri daripada 150 orang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh Jaya yang terdiri daripada 70 orang peserta lelaki dan 80 orang peserta perempuan. Peserta dibimbing oleh team fasi PERMAI seramai 7 orang fasi muslimin dan 8 orang fasi muslimat. 

















Jumaat, 6 April 2012

KONPIP 2012 dijayakan bertemakan Daie Berkualiti Ummah Berintegriti


 Tuan Hj Mustafarudin bersama pengetua-pengetua dan Eksekutif Konpip

1 April, Bukit Ibam,Muadzam Shah - Konvesnyen Pelajar Islam Pahang (KONPIP) 2012  yang bertema Daie Berkualiti Ummah Berintegriti telah menghimpunkan semua legasi kepimpinan Badan Dakwah dan Kepimpinan Asrama dari semua sekolah menengah agama negeri pahang telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam.

KONPIP pada tahun ini adalah anjuran bersama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dengan usahasama Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Islam Pahang (PERMAI) telah dirasmikan oleh  wakil Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Tuan Haji Mustafaruddin bin Othman.

Dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa semua perwakilan mestilah berusaha dengan gigih untuk mencapai misi dan visi konvensyen dengan cara melaksanakannya disekolah . Beliau berkata lagi bahawa konvensyen yang akan datang harus dipertingkatkan untuk kebaikan semua.

Saf eksekutif ketika sesi taaruf

Sementara itu, Pengarah KONPIP 2012, Saudara Tahmiduddin bin Kamarol Ahsan (Alumni Kulliyah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar) menyatakan semua peserta sangat berpuas hati dengan konvesyen yang merupakan kali ke-10 diadakan semenjak tahun 2003.  Para peserta  dilatih dengan kaedah dan disiplin ilmu pengurusan seperti panduan pengurusan pentadbiran persatuan serta pengendalian SWOT analisis. 

Sesi LDK

Program yang disertai oleh 177 perwakilan dari semua sekolah agama negeri Pahang ini bertujuan untuk meningkatkan mutu kerja dakwah, dengan menjalankan aktiviti yang disusun dengan optimis dan sistematik disamping dapat melahirkan budaya berorganisasi yang mampu mengurus sesuatu program secara mahir.

Hadir bersama pengerusi Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Agama Islam Pahang (PERMAI) Azraie bin Mohd Saballah dan wakil Pengetua SMA Bukit Ibam.
Riadah & Perhimpunan pagi
Para perwakilan juga telah mencapai kata sepakat mengemukakan resolusi177 KONPIP 2012 :
  1. Memastikan setiap sekolah mempunyai badan dakwah yang aktif dengan pantauan  yang tersusun oleh jabatan agama islam pahang selepas konvensyen tamat. 
  2. Mewajibkan Sman mewujudkan usrah rasmi dibawah penyusunan badan dakwah sekolah bagi merealisasikan falsafah Jaip. 
  3. Pemilihan kepimpinan badan dakwah mestilah dibuat dengan serius dan teliti. 
  4. Aktiviti surau asrama hendaklah berjalan dengan baik yang disusun oleh biro kerohanian asrama. 
  5. Biro kerohanian atau ibadah asrama bertanggungjawab merancakkan aktiviti dakwah di asrama. 
  6. Kepimpinan badan dakwah dan asrama mestilah menggerakkan aktiviti di peringkat pelajar secara tersusun. 
  7. Kepimpinan asrama diperkuatkan dan dimantapkan. 
  8. Memastikan badan dakwah dan kepimpinan asrama sman sentiasa mewujudkan hubungan dakwah 


Perwakilan bersama cenderahati

Justeru, program seperti ini perlu diteruskan untuk menjadi pemangkin kepada generasi muda untuk terus berusaha menjadi yang terbaik.Semoga program tahunan seperti ini akan menjadi salah satu agenda perkembangan yang baik kepada anak muda di negeri pahang dari segi akademik  mahupun sahsiah.

Ahad, 25 Mac 2012

Kem Smart Solat di Sungai Koyan


Pada 24/4/2012, Team Permai dijemput ke Kem Smart Solat pelajar sekolah rendah di Masjid Sungai Koyan, Parlimen Cameron Highland. Program pertama yang diadakan seumpama ini di masjid mendapat sambutan yang menggalakkan. 
Pihak masjid bercadang untuk mempergiatkan lagi program seperti ini yang memberi fokus kepada golongan kanak-kanak,remaja dan orang muda.







 Us Fathi bersama pembantu teknikalnya..untuk jelas pembantunya..lihat bawah
 Pembantu Us Fathi..

 Perasmian penutup oleh Pengurus Felda Sungai Koyan
 Peserta bersama Fasi
Fasi

Mesyuarat Pra Konpip 2012

Mesyuarat bersama Bahagian Pendidikan JAIP, Pentadbiran SMA Bukit Ibam dan Permai. Beberapa ketetapan telah dimuktamadkan. Antaranya : Tempat berlangsungnya KONPIP 2012 di SMA Bukit Ibam. Tarikh : 30 Mac-1 April 2012. Semua SMAN perlu menghantar perwakilan ke KONPIP 2012. 

 Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pengetua SMA Bukit Ibam

 Tn Hj Mustafarudin & Pn Rosiniyati memantau menu makan asrama
Pn Rosinayati melihat pelajar makan tengahari

Kita doakan bersama KONPIP 2012 dapat berjalan dengan lancar dibawah inayah dan rahmat Allah...

Isnin, 16 Januari 2012

PERMAi di SMA Batu Talam

PERMAi telah dijemput mengendalikan program Kem Anak Soleh SMA Batu Talam Raub. Program yang berlangsung pada 13-14 Januari 2012 melibatkan semua pelajar SMA Batu Talam. Modul yang perkenalkan oleh PERMAI berdasarkan kepada kajian dan pengalaman mengendalikan program-program motivasi akademik, Khemah Ibadah dan kepimpinan. Ia digarap untuk membantu pelajar mengenal potensi diri serta teknik dan keperluan untuk berubah.  Kami percaya bahawa setiap insan itu berpotensi untuk berjaya sekiranya ia mampu mengatasi halangan yang ada dalam dirinya sendiri. Oleh itu, aspek aspek yang tekankan oleh PERMAI dalam program pembangunan insannya adalah seperti berikut:

1.        Membina kesempurnaan solat
2.        Membina kecemerlangan diri pelajar
3.        Meningkatkan motivasi pelajar
4.        Mengenal Potensi Diri
5.        Memupuk Kerja Berpasukan 




 Angkat Tangan..
 Tisu diberi pada yang hiba
 LDK
 Perhimpunan Pagi

Fasilitator

 
Great HTML Templates from easytemplates.com.