Jumaat, 6 April 2012

KONPIP 2012 dijayakan bertemakan Daie Berkualiti Ummah Berintegriti


 Tuan Hj Mustafarudin bersama pengetua-pengetua dan Eksekutif Konpip

1 April, Bukit Ibam,Muadzam Shah - Konvesnyen Pelajar Islam Pahang (KONPIP) 2012  yang bertema Daie Berkualiti Ummah Berintegriti telah menghimpunkan semua legasi kepimpinan Badan Dakwah dan Kepimpinan Asrama dari semua sekolah menengah agama negeri pahang telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam.

KONPIP pada tahun ini adalah anjuran bersama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dengan usahasama Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Islam Pahang (PERMAI) telah dirasmikan oleh  wakil Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Tuan Haji Mustafaruddin bin Othman.

Dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa semua perwakilan mestilah berusaha dengan gigih untuk mencapai misi dan visi konvensyen dengan cara melaksanakannya disekolah . Beliau berkata lagi bahawa konvensyen yang akan datang harus dipertingkatkan untuk kebaikan semua.

Saf eksekutif ketika sesi taaruf

Sementara itu, Pengarah KONPIP 2012, Saudara Tahmiduddin bin Kamarol Ahsan (Alumni Kulliyah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar) menyatakan semua peserta sangat berpuas hati dengan konvesyen yang merupakan kali ke-10 diadakan semenjak tahun 2003.  Para peserta  dilatih dengan kaedah dan disiplin ilmu pengurusan seperti panduan pengurusan pentadbiran persatuan serta pengendalian SWOT analisis. 

Sesi LDK

Program yang disertai oleh 177 perwakilan dari semua sekolah agama negeri Pahang ini bertujuan untuk meningkatkan mutu kerja dakwah, dengan menjalankan aktiviti yang disusun dengan optimis dan sistematik disamping dapat melahirkan budaya berorganisasi yang mampu mengurus sesuatu program secara mahir.

Hadir bersama pengerusi Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Agama Islam Pahang (PERMAI) Azraie bin Mohd Saballah dan wakil Pengetua SMA Bukit Ibam.
Riadah & Perhimpunan pagi
Para perwakilan juga telah mencapai kata sepakat mengemukakan resolusi177 KONPIP 2012 :
  1. Memastikan setiap sekolah mempunyai badan dakwah yang aktif dengan pantauan  yang tersusun oleh jabatan agama islam pahang selepas konvensyen tamat. 
  2. Mewajibkan Sman mewujudkan usrah rasmi dibawah penyusunan badan dakwah sekolah bagi merealisasikan falsafah Jaip. 
  3. Pemilihan kepimpinan badan dakwah mestilah dibuat dengan serius dan teliti. 
  4. Aktiviti surau asrama hendaklah berjalan dengan baik yang disusun oleh biro kerohanian asrama. 
  5. Biro kerohanian atau ibadah asrama bertanggungjawab merancakkan aktiviti dakwah di asrama. 
  6. Kepimpinan badan dakwah dan asrama mestilah menggerakkan aktiviti di peringkat pelajar secara tersusun. 
  7. Kepimpinan asrama diperkuatkan dan dimantapkan. 
  8. Memastikan badan dakwah dan kepimpinan asrama sman sentiasa mewujudkan hubungan dakwah 


Perwakilan bersama cenderahati

Justeru, program seperti ini perlu diteruskan untuk menjadi pemangkin kepada generasi muda untuk terus berusaha menjadi yang terbaik.Semoga program tahunan seperti ini akan menjadi salah satu agenda perkembangan yang baik kepada anak muda di negeri pahang dari segi akademik  mahupun sahsiah.

 
Great HTML Templates from easytemplates.com.