Isnin, 22 Oktober 2012

Kem Intensif Al-Quran (KIA 2012) di SMA Pelangai

Tuan Pengetua Sekolah Menengah Agama Pelangai, guru-guru  SMA Pelangai bersama para fasilitator

20-21 Oktober 2012 : Kem Intensif Al-Quran (KIA 2012) bertemakan ‘Mesra al-Quran akrab Ilahi’  telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Pelangai, Bentong yang telah disertai oleh  semua pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Agama Pelangai yang berjumlah seramai 104 orang.

Program ini adalah anjuran bersama Sekolah Menengah Agama Pelangai bersama dengan sebuah NGO iaitu  Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Islam Pahang (PERMAI).

Dalam program ini, para peserta dibimbing untuk lebih mahir dan mengenali hukum hakam tajwid seperti hukum Nun mati, hukum Mim mati, hukum Mad dan sejarah al-Quran. Para peserta juga berpeluang untuk memperbaiki bacaan surah Al-Fatihah masing-masing.

Peserta dibimbing oleh 14 orang fasilitator daripada PERMAI yang juga merupakan lepasan sekolah menengah agama di negeri Pahang. Program KIA 2012 ini dirasmikan oleh Tuan pengetua Sekolah Menengah Agama Pelangai, Tuan Hj Mohd Nasir bin Abd Malek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

 
Great HTML Templates from easytemplates.com.