Isnin, 30 Disember 2013

Mesyuarat KONPIP kali ke 12



Mesyuarat eksekutif Konvensyen Pelajar Islam Pahang kali ke 12 (KONPIP).


Pihak ajk KONPIP mempelawa para dermawan yang budiman untuk memberi sumbangan derma kepada ajk bagi menjayakan program KONPIP yang dijangka berlangsung dalam bulan MAC 2014. Program KONPIP yang melibatkan kepimpinan Badan Dakwah Sekolah Menengah Agama di negeri Pahang memerlukan kos  hampir RM 10 000. Sebarang sumbangan derma boleh disalurkan ke akaun Bank Islam : 06028010054660 - Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Islam Pahang.

Rabu, 13 November 2013

KEMPAR di SMA Pelangai

Pada tarikh 8 hingga 10  November 2013, PERMAI telah dijemput ke Sekolah Menengah Agama Pelangai yang terletak dalam daerah Bentong. Kem Pemantapan Akhlak Remaja ringkasnya KEMPAR telah diadakan selama tiga hari yang diseliakan oleh PERMAI dengan kerjasama pihak sekolah tersebut. Sasaran adalah pelajar tingkatan 1 hingga 4 yang menuntut di sekolah Agama itu.

KEMPAR bermula jam 7.00 malam pada Jumaat 8 November 2013. Seramai 18 orang fasilitator daripada Persatuan Alumni Sekolah Agama Pahang (PERMAI) turun bersama memberi bimbingan dan panduan buat adik-adik di sana.

Antara pengisian yang dijalankan ialah Taaruf, Kulliah Perdana, Qiamullail, Bengkel ‘halatuju pelajar’, dan banyak lagi. Program ini berhasrat dapat melahirkan generasi pelapis kepimpinan masa depan  yang cemerlang dalam realiti yang sebenarnya. Oleh yang demikian, dengan adanya program sebegini, sedikit sebanyak dapat membantu serta melatih semua pelajar Sekolah Menengah  Agama Negeri Pahang dalam melakukan ibadah dan adab dalam kehidupan seharian.  Secara tidak langsung memberi persediaan sebelum mereka melangkah masuk ke dunia kampus dan realiti dakwah dalam masyarakat yang lebih mencabar.    

                  FirmanALLAH :
Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dialah sebaik-baik Hakim
(SURAH YUNUS:ayat 109)

Semoga KEMPAR membawa sedikit sebanyak perubahan yang ada untuk para pelajar meneruskan hidup dalam syariat Islam yang sebenar dengan akhlak dan peribadi yang mulia. Anak Muda Pencetus Idea!



Fasi bersama anak buah masing-masing












Promosi Majalah SUPER 2#

 Sesi Riadah

 Pengarah Program

 Remaja Masa Kini- Us Fathi

 Adab Pelajar - Us Azraie

Halatuju Pelajar - Us Muzil

Jualan Buku &  Produk Permai

 Fasi yang istiqamah

 Preview Majalah Super 2#

Barisan Urusetia & Fasilitator

Oleh : Mar'atul Husna Roslan, Unit Dokumentasi Permai 

Sabtu, 19 Oktober 2013

SUPER ke-2 bakal terbit..

Nantikan Keluaran terbaru Majalah SUPER edisi ke-2, tidak lama lagi..

Khamis, 26 September 2013

PROGRAM MOTIVASI DI SMA PADANG TENGKU

22 September 2013 : PERMAI telah berprogram bersama pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Lipis. Program diadakan  bertujuan untuk meningkatkan semangat dan motivasi pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM hujung tahun nanti.

Sesi Ceramah 

LDK bersama Fasi
 





Peserta Lelaki, bergambar bersama GPK

Peserta perempun
Barisan Fasilitator bersama GPK SMA Padang Tengku
Fasilitator muslimat bersama guru-guru SMA Padang Tengku

Selasa, 17 September 2013

Kem Smart Solat Tingkatan 1 SMAW 2013

Pada 6-8 September 2013, PERMAI bersama Badan Dakwah SMAW telah menjayakan  program Kem Smart Solat bersama pelajar tingkatan satu, Sekolah Menengah Agama Al-Wosto Temerloh. 




 Barisan Urusetia dan Fasilitator


Isnin, 19 Ogos 2013

Dapatkan Majalah SUPER

InsyaAllah mendatangkan kepuasan dan input berharga buat pembaca

 Team tengah menyusun majalah

Dapatkan segera sebelum terlambat..edisi terhad.

Selasa, 30 Julai 2013

Permai Ke Sekolah Menengah Agama Al-Wosto



 Slot Permai bersama para pelajar


 Bersama Puan Pengetua 

 Bersama GPK 

Iftar bersama warga al-Wosto


Terima kasih terutamanya kepada Puan Pengetua, GPK, Para Guru, Para pelajar serta seluruh warga al-Wosto atas layanan terhadap kami.

 
Great HTML Templates from easytemplates.com.