Isnin, 18 Mac 2013

KONPIP Kali ke 11 dijayakan bertemakan Daie Berinovasi Pencetus Inspirasi.




Puan Hajjah Pahimah, KPP Bahagian Pendidikan, bersama Pegawai, Para Pengetua dan Eksekutif  Konpip 

15-17 Mac 2013, Konvensyen Pelajar Islam Pahang (KONPIP) kali ke 11 tahun 2013 bertemakan ‘Daie Berinovasi Pencetus Inspirasi’  telah dijayakan di Sekolah Menengah Agama Pelangai, Bentong. Konpip merupakan program  tahunan yang menghimpunkan kepimpinan Badan Dakwah sekolah dan asrama. Program yang merupakan  anjuran Jabatan Agama Islam Pahang  (JAIP) dan Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Pahang (Permai) disertai seramai 201 perwakilan dari seluruh Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Hajjah Pahimah binti Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang. Dalam ucapan perasmiannya beliau menasihatkan kepada semua perwakilan supaya bersungguh-sungguh menuntut ilmu pengetahuan di samping memahirkan diri dalam teknik dan kaedah berdakwah.  Beliau juga menegaskan supaya semua perwakilan berusaha untuk mencapai   objektif dan resolusi Konvensyen. Turut hadir Tuan Haji Mohd  Makhtar bin Ahmad Wahid  Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang serta Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang.
Gimik Perasmian.
KPP menandatangani Plak Perasmian

Menurut pengarah Konpip, Saudara Mohd Farouk bin Hamzah, Para perwakilan dari seluruh Sekolah Menengah Agama sangat gembira dengan program ini, mereka diberi latihan untuk menguruskan persatuan secara bersistem seperti diberi pendedahan menggunakan kaedah SWOT analisis.
Barisan FASILITATOR

Sekalung penghargaan kepada semua  yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak  dalam menjayakan program ini. Semoga program ini lebih semarak pada tahun yang mendatang.
Pameran & Jualan PERMAI


KPP & Vip di Pameran & Jualan



Eksekutif Konpip bersama Pengerusi & Tim.Pengerusi Permai bergambar kenangan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

 
Great HTML Templates from easytemplates.com.