Rabu, 13 November 2013

KEMPAR di SMA Pelangai

Pada tarikh 8 hingga 10  November 2013, PERMAI telah dijemput ke Sekolah Menengah Agama Pelangai yang terletak dalam daerah Bentong. Kem Pemantapan Akhlak Remaja ringkasnya KEMPAR telah diadakan selama tiga hari yang diseliakan oleh PERMAI dengan kerjasama pihak sekolah tersebut. Sasaran adalah pelajar tingkatan 1 hingga 4 yang menuntut di sekolah Agama itu.

KEMPAR bermula jam 7.00 malam pada Jumaat 8 November 2013. Seramai 18 orang fasilitator daripada Persatuan Alumni Sekolah Agama Pahang (PERMAI) turun bersama memberi bimbingan dan panduan buat adik-adik di sana.

Antara pengisian yang dijalankan ialah Taaruf, Kulliah Perdana, Qiamullail, Bengkel ‘halatuju pelajar’, dan banyak lagi. Program ini berhasrat dapat melahirkan generasi pelapis kepimpinan masa depan  yang cemerlang dalam realiti yang sebenarnya. Oleh yang demikian, dengan adanya program sebegini, sedikit sebanyak dapat membantu serta melatih semua pelajar Sekolah Menengah  Agama Negeri Pahang dalam melakukan ibadah dan adab dalam kehidupan seharian.  Secara tidak langsung memberi persediaan sebelum mereka melangkah masuk ke dunia kampus dan realiti dakwah dalam masyarakat yang lebih mencabar.    

                  FirmanALLAH :
Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dialah sebaik-baik Hakim
(SURAH YUNUS:ayat 109)

Semoga KEMPAR membawa sedikit sebanyak perubahan yang ada untuk para pelajar meneruskan hidup dalam syariat Islam yang sebenar dengan akhlak dan peribadi yang mulia. Anak Muda Pencetus Idea!



Fasi bersama anak buah masing-masing












Promosi Majalah SUPER 2#

 Sesi Riadah

 Pengarah Program

 Remaja Masa Kini- Us Fathi

 Adab Pelajar - Us Azraie

Halatuju Pelajar - Us Muzil

Jualan Buku &  Produk Permai

 Fasi yang istiqamah

 Preview Majalah Super 2#

Barisan Urusetia & Fasilitator

Oleh : Mar'atul Husna Roslan, Unit Dokumentasi Permai 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

 
Great HTML Templates from easytemplates.com.