Rabu, 28 Mei 2014

Kem Pemantapan Ibadah di SMAKT


SMA Al-khairiah Temerloh, Pahang- 24 Mei 2014 bersamaan  24 Rejab 1435 Hijrah.  Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Pahang (PERMAI) telah dijemput untuk menjadi fasilitator dalam menjayakan program Kem Pemantapan Ibadah bagi pelajar tingkatan satu anjuran Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB) di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah.


Seramai 10 orang muslimat dan 3 orang muslimin dari Permai telah terlibat sebagai fasilitator sepanjang program tersebut. Program seperti ini mampu meningkatkan ‘soft skill’ para fasilitator dalam memberi penerangan terhadap sesuatu perkara di samping menjadikan mereka lebih matang  untuk berhadapan dengan  ummah pada masa akan datang.


Program Kem Pemantapan Ibadah bermula pada jam 8.00 pagi dengan  pendaftaran para peserta program. Pada jam 8.30 pagi, telah berlangsung sebuah forum  yang bertajuk “Kenapa Saya Muslim” telah disampaikan oleh Akh Usamah Hairol Azam dan moderator Akh Muhammad Amirul Asyraf. Sepanjang program tersebut, dua slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) telah dikendalikan oleh para Fasilitator iaitu slot wudhuk dan solat pada jam 10.30 pagi dan bersambung pada jam 2.30 petang dengan slot ‘masbuk dan muafiq’. Program Kem Pemantapan Ibadah  tersebut berakhir jam 5.30 petang.





Selasa, 27 Mei 2014

Wakil PERMAI ziarah Pelajar jatuh bangunan Asrama

24 Mei 2014, Wakil PERMAI telah berkesempatan melawat pelajar Sma Pelangai yang terjatuh dari bangunan asrama di hospital Temerloh (HOSHAS).
Menurut cerita  ibu pelajar tersebut (Izuddin), pada waktu tersebut, ketika hendak pergi mandi, dia bergurau dengan kawannya. Izuddin mengangkat kawannya ke atas benteng koridor, tanpa disangka, kawannya jatuh tergelincir sambil berpaut kepada Izuddin dan dalam masa yang sama Izuddin juga hendak menyelamatkan kawannya. Akhirnya keduanya jatuh sekali. Izuddin cedera lebih teruk di kepala berbanding kawannya kerana jatuh kepala dahulu.

 Wakil PERMAI melawat Izuddin di HOSHAS sambil memberi sumbangan, dan kata-kata perangsang buatnya. Kawannya telah pun keluar dari wad hospital pada pagi 24 Mei.



 Pelajar SMA Pelangai yang melawat di HOSHAS


Khamis, 8 Mei 2014

Majalah SUPER edisi 5


Kini Majalah SUPER edisi 5 menanti anda dengan fokus berkaitan jihad. Dapatkan dengan ajen Permai yang berhampiran.. 

Wakil PERMAI di program KERIS14 SMA Chenor

2-4 MEI 2014 :  KEM REMAJA ISLAM (KERIS) di SMA Chenor, Maran telah diadakan pada 2-4 Mei 2014. Program anjuran pihak sekolah dan Persatuan Jaringan Anak Pahang (PJAP). Program diadakan untuk ahli Badan Dakwah tingkatan 4 dan 5.
Pada program KERIS ini, Pihak PERMAI telah dijemput untuk menyampaikan pengisian. 

 Pengerusi PERMAI menyampaikan slot


Peserta bersama urusetia dan fasilitator yang terdiri daripada PJAP dan ajk PERMAI

Ziarah SMA DONG, RAUB

PERMAi menyampaikan taklimat pengurusan  Badan Dakwah di  Sekolah Menengah Agama Dong, Raub.



 Pembentangan dari Presiden Badan Dakwah


 Barisan Kepimpinan Badan Dakwah SMA Dong, Raub

Bilik Operasi (pejabat) Badan Dakwah SMA DONG

:Program ini pada 9 April 2014

 
Great HTML Templates from easytemplates.com.