Rabu, 28 Mei 2014

Kem Pemantapan Ibadah di SMAKT


SMA Al-khairiah Temerloh, Pahang- 24 Mei 2014 bersamaan  24 Rejab 1435 Hijrah.  Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Pahang (PERMAI) telah dijemput untuk menjadi fasilitator dalam menjayakan program Kem Pemantapan Ibadah bagi pelajar tingkatan satu anjuran Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB) di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah.


Seramai 10 orang muslimat dan 3 orang muslimin dari Permai telah terlibat sebagai fasilitator sepanjang program tersebut. Program seperti ini mampu meningkatkan ‘soft skill’ para fasilitator dalam memberi penerangan terhadap sesuatu perkara di samping menjadikan mereka lebih matang  untuk berhadapan dengan  ummah pada masa akan datang.


Program Kem Pemantapan Ibadah bermula pada jam 8.00 pagi dengan  pendaftaran para peserta program. Pada jam 8.30 pagi, telah berlangsung sebuah forum  yang bertajuk “Kenapa Saya Muslim” telah disampaikan oleh Akh Usamah Hairol Azam dan moderator Akh Muhammad Amirul Asyraf. Sepanjang program tersebut, dua slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) telah dikendalikan oleh para Fasilitator iaitu slot wudhuk dan solat pada jam 10.30 pagi dan bersambung pada jam 2.30 petang dengan slot ‘masbuk dan muafiq’. Program Kem Pemantapan Ibadah  tersebut berakhir jam 5.30 petang.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

 
Great HTML Templates from easytemplates.com.