Selasa, 27 Mei 2014

Wakil PERMAI ziarah Pelajar jatuh bangunan Asrama

24 Mei 2014, Wakil PERMAI telah berkesempatan melawat pelajar Sma Pelangai yang terjatuh dari bangunan asrama di hospital Temerloh (HOSHAS).
Menurut cerita  ibu pelajar tersebut (Izuddin), pada waktu tersebut, ketika hendak pergi mandi, dia bergurau dengan kawannya. Izuddin mengangkat kawannya ke atas benteng koridor, tanpa disangka, kawannya jatuh tergelincir sambil berpaut kepada Izuddin dan dalam masa yang sama Izuddin juga hendak menyelamatkan kawannya. Akhirnya keduanya jatuh sekali. Izuddin cedera lebih teruk di kepala berbanding kawannya kerana jatuh kepala dahulu.

 Wakil PERMAI melawat Izuddin di HOSHAS sambil memberi sumbangan, dan kata-kata perangsang buatnya. Kawannya telah pun keluar dari wad hospital pada pagi 24 Mei.



 Pelajar SMA Pelangai yang melawat di HOSHAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

 
Great HTML Templates from easytemplates.com.