Jumaat, 21 November 2014

KEM REMAJA UNGGUL 2014 DI PAHANG

Assalamualaikum wbt, sempena cuti sekolah ini kami mempelawa ibu bapa, penjaga, adik-adik pelajar mengisi cuti dengan menyertai program Kem Remaja Unggul (KRU).. pasti menarik dan bermanfaat... insyaaAllah.

 KRU di Lipis
KRU di Kuantan

Isnin, 17 November 2014

Pelapis Daie Muda Daerah Raub Siri 1 2014

Alhamdulillah program pelapis Daie Muda Daerah Raub siri 1 telah berjaya diadakan dengan jayanya pada 15-16 November 2014 di Sekolah Menengah Agama Batu Talam, Raub. Peserta yang terpilih  seramai 50 orang dari Sekolah Menengah Agama Batu Talam, Sekolah Menengah Agama Dong dan SMK Tersang.
Program yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Raub bersama PERMAI dan ICORE dan turut melibatkan komuniti setempat seperti pejabat penghulu mukim, jkk kampung-kampung dan masjid-masjid yang berhampiran.
Antara pengisian program ialah peserta dilatih untuk menjadi seorang Daie yang terlatih dengan mempelajari teknik bercakap, membina keyakinan diri, teknik SWAT untuk  mengenal pasti masalah  dan seterusnya aktiviti amali dakwah-Street Dakwah. 
Semoga program ini akan dapat dijayakan lagi di masa yang mendatang.



 Majlis Perasmian oleh YB Dato' Abd Aziz bin Mat Kiram, Adun Batu Talam, bersama al-Fadhil Qadhi Daerah Raub Ustaz Aris bin Jamin al-Hafiz dan Tuan Pengetua SMA Al-Falah Batu Talam

 Perasmi bersama urusetia, Fasilitator dan peserta

 Urusetia daripada Pejabat Agama Islam Raub dan Fasilitator dari Permai & Icore

Kumpulan Terbaik

Bertolak ke destinasi untuk aktiviti Street Dakwah







 Antara aktiviti amali Dakwah, walaupun dalam suasana hujan namun para peserta tetap bersemangat meneruskan aktiviti Street Dakwah



 
Great HTML Templates from easytemplates.com.