Khamis, 29 Januari 2015

Nantikan Konpip kali ke 13 tahun 2015

Nantikan program KONPIP kali ke 13 tahun 2015 yang bakal menghimpunkan keseluruhan kepimpinan Badan Dakwah Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang.


Pengarah Program bersama Ustaz Makhtar, Pen Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP


 Mesyuarat Eksekutif Pelaksana Program



Semoga program KONPIP kali ke 13 tahun 2015 dipermudahkan segalanya dan berjalan lancar..Insyaa Allah

Rabu, 14 Januari 2015

Mari Membantu Farah Asyikin Sekeluarga


 Farah Asyikin bersama ibunya. Dalam adik beradik hanya ada seorang abang  lelaki  yang menyara mereka sekeluarga (bekerja sebagai polis bantuan felda). Adik beradik lain semuanya perempuan. Farah telah mendapat tawaran ke tingkatan 6 (STAM) di Kulliah al-Lughah Ad-Din Sultan Abu Bakar Pekan tetapi dalam keadaan sekarang memilih untuk membantu ibunya.




 Pengerusi PERMAI menyampaikan Sumbangan mewakili penyumbang-penyumbang yang budiman. Semoga  Allah membalas jasa kalian yang menyumbang.
 Sahabat dari Jengka yang turun bersama kami.

Jambatan sementara yang dibina oleh tentera, berikutan jambatan utama ke kampung Aur Gading runtuh disebabkan mendapan tanah selepas banjir.

Di hadapan rumah Farah Asyikin.
 Rumah yang musnah akibat banjir



 Sekarang Farah sekeluarga tinggal sementara di bangsal yang dibina oleh orang kampung
Masih memerlukan sumbangan dermawan untuk mendirikan sebuah rumah yang kecil.  

Rabu, 7 Januari 2015

Team Permai dalam Fatrah banjir

 Team Permai bersama dengan guru dan alumni al-Azhar membersihkan asrama putera dan puteri SMA al-Khairiah Temerloh.

Di ASPURI Sma Al-Khairiah














 Membantu membersihkan rumah sahabat di Jalan Bahagia Temerloh

 Premis Permai selepas banjir



 
Great HTML Templates from easytemplates.com.