Selasa, 28 April 2015

Kenali Majalah SUPER

Tabiat manusia boleh berubah-ubah mengikut perkembangan masa dan zaman. Kalau dahulu orang suka mengarang tulisan panjang-panjang, Para ulama silam menyusun buku sampai berjilid-jilid tebalnya. Pelajar sekolah menjadikan menulis sebagai salah satu hobi. Orang  boleh  menulis berkajang-kajang surat . Mereka yang ingin menambah kenalan boleh menyertai ruangan sahabat pena dalam mana-mana majalah. Kini suasana sepertinya sudah berubah.

Orang sekarang lebih suka yang ringkas-ringkas dan cepat. Tulisan pun di ringkas-ringkaskan, tak perlu belajar tulisan trengkas, boleh reka sendiri.
tidak kisahlah nak tulis panjang atau pendek, tetapi yang penting kena membudayakan budaya menulis di kalangan kita semua.

Pelajar sekolah menulis, pelajar IPT menulis, orang dewasa baik apa pun pekerjaannya juga menulis. Mungkin bagi pelajar sekolah dan IPT memang perkara biasa pelajarnya menulis, cuma budaya tersebut mula menurun apabila tidak lagi bergelar pelajar secara formal.

Program-program kuliah agama di masjid cukup banyak di negara kita, cuma pengkuliahnya sahaja yang membawa buku, ada pun para pendengarnya lebih selesa menjadi pendengar sahaja. Walaupun banyak kali pengkuliah memberi kiasan atau pun memberi cadangan kepada anak murid tetapi sangat sukar untuk mengatasi masalah ini.

Ada juga pihak masjid dan surau menyediakan kitab-kitab yang menjadi teks pengkuliah, macam ‘buku Yasin’ yang dibaca malam jumaat. Agaknya kalau ‘buku Yasin’ tidak disediakan ada kemungkinan para Jemaah membawa sendiri dari rumah ? atau tetap bersahaja tidak membawanya.

Sebenarnya untuk menulis sekarang tidak perlu sentiasa membawa buku dan pena. Perkembangan teknologi sangat memudahkan kita. Kita boleh menulis di gadjet sama ada smart phone atau tablet dan lain-lain.

Tulisan yang ditulis juga boleh disimpan untuk tatapan peribadi atau pun dikongsi kepada orang lain. Jika dahulu  ruang yang ada sangat terhad, hanya di buku, majalah dan akhbar itu pun didominasi oleh kebanyakan  mereka yang memang pekerjaannya sebagai penulis. Kini siapa sahaja mampu untuk berkongsi penulisan mereka. Kongsi sahaja di aplikasi media sosial alam maya, tulis di blog, FB, Group Whatsapp dan lain-lain lagi.


Tulisan yang baik insyaa Allah akan menjadi jariah buat si penulis. Tulisan akan terus dapat ditatap walaupun penulisnya sudah lama meninggal dunia, walaupun sudah berusia ratusan tahun, namun hasil tulisan masih terus dapat dinikmati. Lihat sahaja kitab-kitab karya ulama-ulama silam yang tebal berjilid-jilid masih terus dapat dibaca sehingga sekarang.

Justeru PERMAI menerbitkan majalah SUPER bertujuan untuk melatih team Permai menulis dan buat sahabat pembaca yang berhasrat untuk menghantar karya  sangat dialukan. Di samping itu harapan kami dengan adanya majalah SUPER supaya generasi pelajar dan remaja khususnya,  sangat berminat dengan budaya membaca dan menulis.

Dapatkan Majalah SUPER dengan kami..

Saksikan :



 Kredit : https://www.facebook.com/nurain.najihah.167 (pembaca setia SUPER)





 Ukhti Sakinah selaku Ketua Unit Penerbitan PERMAI (Ketua Pengarang SUPER) memberi penerangan dan mengedarkan majalah SUPER kepada pelajar SMAN.

Kenangan SUPER Bersama pelajar SMA Pelangai

Isnin, 13 April 2015

LAMEGA 2.0

Lambaian Menara Gading 2.0 (Lamega 2.0)  telah melabuhkan tirainya semalam. Seramai 50 orang bakal mahasiswa telah bersama-sama merancakkan program LAMEGA 2.0. Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam dianjurkan oleh PJAP dan PERMAI mendedahkan kepada bakal Mahasiswa suasana kehidupan di alam kampus. Pengisian yang disampaikan antaranya oleh Presiden GAMIS, Presiden SIGMA Pahang, Presiden SRC UIA Kuantan, Penasihat PJAP di samping barisan fasilitator yang terdiri daripada Mahasiswa-mahasiswi Universiti dari seluruh negara. Semoga program ini dapat memberi pengalaman yang berharga buat semua yang terlibat terutamanya para peserta.




 Pengarah Program Lamega 2.0


Presiden Gamis

Ucapan Aluan Pengarah LAMEGA 2.0

 Ucapan Perasmian penutup LAMEGA 2.0

Gimik Perasmian


Hadiah buat pemenang











Selasa, 7 April 2015

Konvensyen Pelajar Islam Kali ke 13 tahun 2015 telah diadakan dengan jayanya

Konvensyen Pelajar Islam Pahang kali ke 13 tahun 2015 (KONPIP 2015) telah berjaya diadakan pada 3-5 April 2015. KONPIP 2015 diadakan di Maahad SAS Jengka dianjurkan oleh Persatuan  Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Pahang (PERMAI) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Maahad SAS selaku tuan rumah. Program yang  dirasmikan oleh Tuan Azmi bin Aman, Pengetua Maahad SAS mewakili Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang. 

Seramai 170 orang perwakilan yang terdiri daripada kepimpinan Badan Dakwah Sekolah  dari 17 buah Sekolah Menengah Agama seluruh negeri Pahang telah menyertai Konpip kali ini. 

Konvensyen yang bertemakan 'Usrah memperkasa dakwah dan tarbiah'  berhasrat untuk menghasilkan kepimpinan Badan Dakwah Sekolah yang dapat memperkukuh badan dakwah sekolah dan menjadi agen penyebar dakwah kepada warga sekolah masing-masing dan masyarakat sekitar umumnya.

Resolusi yang dihasilkan di Konvensyen kali ni adalah seperti berikut :
1. Memperkasakan Usrah sebagai satu mekanisma yang penting dalam Badan Dakwah.
2. Menjadikan tarbiah sebagai satu platform utama dalam diri setiap ahli Badan Dakwah.
3. Usrah sebagai medium kebelangsungan dakwah.
4. Ibadah yang sohih akan membentuk sahsiah yang mulia.
5. Dakwah dan akademik perlu seimbang untuk melahirkan pelajar yang cemerlang.
6. Menjadikan konsep Amar Maaruf nahi Mungkar sebagai matlamat utama badan dakwah sekolah.


 Slot Dunia Dakwahku bersama Ustaz Norhamizi bin Jamaludin, Penolong Pengarah JAIP

 Ucapan perasmian penutup oleh Tuan Azmi bin Aman, Pengetua Maahad SAS Jengka mewakili Pengarah JAIP

 Gimik perasmian

 Gambar kenangan bersama Tuan Azmi bin Aman selaku  Perasmi, Pengetua-pengetua SMAN, Us Syukri selaku Penolong Pengarah  Bahagian pendidikan JAIP, Guru-guru, Eksekutif KONPIP, Fasilitator dan perwakilan
Eksekutif KONPIP bersama Fasilitator

Seluruh perwakilan KONPIP kali ke 13 tahun 2015 bergambar kenangan


lawat page : https://www.facebook.com/pages/Konvensyen-Pelajar-Islam-Pahang/640545122679241?ref=hl

Saksikan Video  Kenangan KONPIP kali ke 13 tahun 2015 :  https://www.youtube.com/watch?v=TOOQ5-97nDw

Rabu, 1 April 2015

Promo Konpip kali ke 13 tahun 2015




Nantikan debaran KONPIP kali ke 13..
semoga berjalan lancar..

 
Great HTML Templates from easytemplates.com.