Selasa, 28 April 2015

Kenali Majalah SUPER

Tabiat manusia boleh berubah-ubah mengikut perkembangan masa dan zaman. Kalau dahulu orang suka mengarang tulisan panjang-panjang, Para ulama silam menyusun buku sampai berjilid-jilid tebalnya. Pelajar sekolah menjadikan menulis sebagai salah satu hobi. Orang  boleh  menulis berkajang-kajang surat . Mereka yang ingin menambah kenalan boleh menyertai ruangan sahabat pena dalam mana-mana majalah. Kini suasana sepertinya sudah berubah.

Orang sekarang lebih suka yang ringkas-ringkas dan cepat. Tulisan pun di ringkas-ringkaskan, tak perlu belajar tulisan trengkas, boleh reka sendiri.
tidak kisahlah nak tulis panjang atau pendek, tetapi yang penting kena membudayakan budaya menulis di kalangan kita semua.

Pelajar sekolah menulis, pelajar IPT menulis, orang dewasa baik apa pun pekerjaannya juga menulis. Mungkin bagi pelajar sekolah dan IPT memang perkara biasa pelajarnya menulis, cuma budaya tersebut mula menurun apabila tidak lagi bergelar pelajar secara formal.

Program-program kuliah agama di masjid cukup banyak di negara kita, cuma pengkuliahnya sahaja yang membawa buku, ada pun para pendengarnya lebih selesa menjadi pendengar sahaja. Walaupun banyak kali pengkuliah memberi kiasan atau pun memberi cadangan kepada anak murid tetapi sangat sukar untuk mengatasi masalah ini.

Ada juga pihak masjid dan surau menyediakan kitab-kitab yang menjadi teks pengkuliah, macam ‘buku Yasin’ yang dibaca malam jumaat. Agaknya kalau ‘buku Yasin’ tidak disediakan ada kemungkinan para Jemaah membawa sendiri dari rumah ? atau tetap bersahaja tidak membawanya.

Sebenarnya untuk menulis sekarang tidak perlu sentiasa membawa buku dan pena. Perkembangan teknologi sangat memudahkan kita. Kita boleh menulis di gadjet sama ada smart phone atau tablet dan lain-lain.

Tulisan yang ditulis juga boleh disimpan untuk tatapan peribadi atau pun dikongsi kepada orang lain. Jika dahulu  ruang yang ada sangat terhad, hanya di buku, majalah dan akhbar itu pun didominasi oleh kebanyakan  mereka yang memang pekerjaannya sebagai penulis. Kini siapa sahaja mampu untuk berkongsi penulisan mereka. Kongsi sahaja di aplikasi media sosial alam maya, tulis di blog, FB, Group Whatsapp dan lain-lain lagi.


Tulisan yang baik insyaa Allah akan menjadi jariah buat si penulis. Tulisan akan terus dapat ditatap walaupun penulisnya sudah lama meninggal dunia, walaupun sudah berusia ratusan tahun, namun hasil tulisan masih terus dapat dinikmati. Lihat sahaja kitab-kitab karya ulama-ulama silam yang tebal berjilid-jilid masih terus dapat dibaca sehingga sekarang.

Justeru PERMAI menerbitkan majalah SUPER bertujuan untuk melatih team Permai menulis dan buat sahabat pembaca yang berhasrat untuk menghantar karya  sangat dialukan. Di samping itu harapan kami dengan adanya majalah SUPER supaya generasi pelajar dan remaja khususnya,  sangat berminat dengan budaya membaca dan menulis.

Dapatkan Majalah SUPER dengan kami..

Saksikan :



 Kredit : https://www.facebook.com/nurain.najihah.167 (pembaca setia SUPER)





 Ukhti Sakinah selaku Ketua Unit Penerbitan PERMAI (Ketua Pengarang SUPER) memberi penerangan dan mengedarkan majalah SUPER kepada pelajar SMAN.

Kenangan SUPER Bersama pelajar SMA Pelangai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

 
Great HTML Templates from easytemplates.com.