Rabu, 8 Julai 2015

Bengkel Adobe Photoshop 1.0


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم




Pada hari ahad,5 Julai 2015 yang lalu, pihak Kelab Remaja Permai Care telah berjaya menganjurkan program Bengkel Adobe Photoshop 1.0 di Temerloh .
Program ini bertujuan mencungkil bakat anak muda serta menekankan kepentingan pengaplikasian adobe photoshop dalam dunia dakwah desawarsa ini,seramai 30orang remaja muslimin dan muslimat dari pelbagai daerah berjaya menghadiri bengkel berkenaan.
Bengkel ini dikendalikan sendiri oleh Ustaz Zarimi Abu Zih, selaku Timb Pengerusi PERMAI. Beliau mempunyai Diploma Grafik & Design dari Russian Centre for Science &Culture, Cairo Egypt.
Para peserta diajar menggunakan teknik asas adobe photoshop dengan cara yang lebih mudah untuk menjadikan design lebih kemas dan cantik.
Menariknya, peserta diberikan 'homework' iaitu sebaik sahaja habis bengkel, peserta diminta untuk menghantar paling minimum satu design atau poster berkenaan ramadhan, hari raya dan sebagainya kepada penganjur, Sebagai satu jalan altenative supaya para designer tidak lupa apa yang dipelajari.Tarikh akhir yang ditetapkan adalah 1 Syawal .
Pihak PERMAI juga berbesar hati untuk mengongsikan hasil editan yang telah diterima daripada peserta di page ini. Kami juga tidak keberatan untuk memberi "duit raya" kepada peserta yang menghasilkan design yang berjaya menarik perhatian kami.
Insha Allah selepas ini kami akan upload design-design pereka muda yang sangat berbakat walaupun masih bergelar beginner.
Nantikan !





 
Great HTML Templates from easytemplates.com.