Khamis, 1 Disember 2016

Kem Intensif Al-Quran (KIA)

Kem Intensif Al-Quran (KIA) anjuran PERMAI telah berlangsung dengan jayanya pada 26 dan 27 November 2016 di Masjid Sultan Ahmad Shah, Jengka.  Seramai 43 orang peserta telah terlibat dalam program tersebut. Selama dua hari, para peserta didedahkan serta diajar berkaitan dengan ilmu tajwid seperti mengenal huruf hijaiyah dan makhraj, alif lam qamariah dan syamsiah, hukum nun mati dan mim mati berserta tanwin, waqaf dan bacaan mad.  


Diucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada  para penjaga dan  peserta-peserta yang telah menyertai program anjuran PERMAI dengan kerjasama Masjid Sultan Ahmad Shah,Jengka. Semoga program-program sebegini semakin dinanti dan mendapat sambutan pada masa-masa akan datang.
































Rabu, 19 Oktober 2016

“Program Cuti Sekolah, KEM INTENSIF AL-QURAN (KIA)”


Assalamualaikum adik-adik yang dikasihi…semakin pantas waktu berputar..sedar tidak sedar, musim cuti sekolah sudah semakin menghampiri…Namun, sudahkah adik-adik membuat perancangan untuk mengisi masa lapang tersebut dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah?

Ataupun kepada Ibu dan bapa yang masih ‘berkira-kira’ untuk menyediakan pengisian yang terbaik buat anak-anak pada musim cuti sekolah ini?

Pasti yaa bukan..Nahh, inilah waktunya..detik yang ditunggu-tunggu telah pun tiba..

“Program Cuti Sekolah, KEM INTENSIF AL-QURAN (KIA)”

KIA?? Yaa…KIA datang lagi!! KIA merupakan satu program anjuran PERMAI (Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Agama Islam Pahang) dan kali ini berkolaborasi bersama Masjid Sulta
n Ahmad Shah Jengka Pahang. Program KIA pada kali ini akan diadakan pada 26 & 27 November 2017 yang bertempat di Masjid Sultan Ahmad Shah Jengka Pahang. KIA kali ini menawarkan aktiviti-aktiviti yang dijamin berfaedah, menarik dan superb. Antaranya adalah seperti pengukuhan membaca Al-Quran dengan mantap, memanah, mempelajari hukum tajwid dengan lebih mendalam dan juga beberapa game modul. Seronok bukan…Ayuh daftar segera…

Kenapa perlu daftar segera..??

Ini kerana, KIA pada kali ini telah mengadakan promosi yuran iaitu dengan hanya RM35 seorang bagi peserta yang ingin menyertai program tersebut. Jadi tunggu apa lagi,sudah terang lagi bersuluh..Ayuh, rebut peluang yang ada..:)

                     “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”
                                                                                                      

                                                                                                                                  (HR.Bukhari)


Ahad, 21 Ogos 2016

Bengkel Bersama Kartunis ABEBEN

Pada 21 Ogos 2016, Unit Penerbitan PERMAI telah berjaya menganjurkan bengkel kartunis bersama Kartunis Abeben. Program julung kali diadakan selama sehari bertujuan untuk memberi pencerahan kepada peserta kaedah untuk melukis kartun dengan lebih berimpak. Semoga dengan program ini para peserta semakin bersemangat untuk melukis dan berkarya.


Cenderamata kenangan kepada ABEBEN

 Slot Autograf

 Gambar kenangan selesai program


Ahad, 24 Julai 2016

BELASUNGKAWA : Perginya Seorang Murobbi Ummah Tuan Guru Haji Salleh Musa]


[BELASUNGKAWA : Perginya Seorang Murobbi Ummah Tuan Guru Haji Salleh Musa]

من المؤمنین رجال صدقوا ما عاهدوا الله علیه فمنهم من قضی نحبه ومنهم من ینتظر وما بدلوا تبدیلا

Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)

Al-Marhum Tuan Guru Haji Salleh Musa menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar jam 8.15 malam semalam, dalam usia 87 tahun.

PERMAI merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Al-Marhum dan merasai bahawa hilangnya sebuah permata agama yang sukar dicari ganti.

semoga perginya seorang ulama' permata agama ini mengingatkan kita kepada sebuah kematian yang pasti buat semua hambaNya. ِ

Berikut sedikit profil dan latar belakang Almarhum Tuan Guru Haji Salleh bin Musa buat tatapan semua pembaca

Nama : Tuan Guru Hj Salleh bin Musa

Tarikh Lahir : 08.02.1929

Ayah : Tn Guru Hj Musa bin Salleh

Ibu : Khatijah bt Md Saad Mehamad

Tempat lahir : Pekan Sik Kedah

Bil Adik beradik : 8 orang

Anak ke : 3

 Pendidikan : 
1. Sek Rendah Keb Sik (Dan ke Pondok Tn Hussin Kedah, kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru Sekejap sahaja disana)

2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah

3.Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy

 Keluarga :
Berkahwin Dengan Hjh Hatiah Bt Hanafi. Mendapat 2 Orang Cahaya Mata Semasa Belajar Di Makkah. (Tn Guru Memiliki 11 Orang Cahaya Mata Semuanya). Kini Isteri Beliau Sudah Meninggal Dunia Dan Tn Guru Sekali Lagi Berkahwin Dengan Hjh Sofiah Bt Hj Awang..

 Perkhidmatan :
Tahun 1964 Tn Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik .

Tn Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang .
Sekarang Tn Guru dibantu oleh anak beliau Syeikh Muslim sebagai Timbalan Mudir .

Tn Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negri Kedah Darul Aman .

Beliau Merupakan Tokoh Ulama' Tauhid Di Alam Melayu Sekarang , Pelajar Pondok seluruh Malaysia , Thailand Akan Berkumpul Di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik Setiap Bulan Ramadan Semata-Mata Untuk Belajar Ilmu Tauhid Dengan Tn Guru Hj Salleh

Antara Masyaikh (Hafizohumullah) Yang Pernah Menziarahi Beliau :- - Syeikh Yusuf Muhyiddin Riq El-Bakhur Al-Hasani - Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani (Mesir) - Syeikh Ahmad Mamduh (Ahli Majlis Tertinggi Fatwa Mesir) - Syeikh Solah Khalifah Muhammad Khalifah. - Habib Muhsin Al-Yamani - Tuan Guru Ismail Sepanjang - Habib Kazim (Yaman ) - Habib Abdullah (Jeddah) - Syeikh Habib (Jordan) - Habib Ali Zainal Abidin (Indonesia) - Baba Karim (Thailand) - Syeikh Ibrahim Ibn Masran Al-Banjari - Syeikh Muhammad Husni Ginting Bin Muhammad Hayat - Tuan Guru haji Ghazali Ahmad (Baba Li) - Syeikh Rohimuddin Al-Bantani Dan ramai lagi.

 Anugerah :
KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran , diantaranya B.K.M , S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009,

Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Dato' Seri Di-Raja Ust Azizan Abd Razak meanugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah , 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik

Sumber biodata : Page Madrasah Ar-Rahmaniah/Pondok Tuan Guru Haji Salleh bin Musa - Official

Sabtu, 23 Julai 2016

Jom Bantah Hedonisme

Pihak PERMAI menolak sekeras-kerasnya penganjuran konsert artis antarabangsa, Selena Gomez yang bakal diadakan di Stadium Tertutup Melawati pada 25 Julai ini serta turut mengecam sikap materialistik penganjur konsert yang mempromosikan hedonisme Barat.

Program ini dapat menyifatkan bahawa penganjur seperti kapitalis yang menjadi kaya raya dengan menjual racun untuk membunuh akhlak, merosakkan pemikiran dan masa berharga anak muda di Malaysia.

Pihak penganjur langsung tidak memikirkan kesan sosial dan akhlak di kalangan mahasiswa dan belia di Malaysia.

“Sikap materialistik penganjur konsert ini dikecam sekeras-kerasnya, di mana syarikat-syarikat ini mengaut keuntungan berlipat ganda dari penjualan tiket dan penajaan yang boleh mencapai kutipan dan penajaan jutaan ringgit!

“Mereka tidak sensitif dengan rakyat Malaysia yang menolak konsert hiburan yang membuang masa, merugikan wang ringgit dan tidak menyumbang kepada pembangunan akhlak dan sahsiah rakyat Malaysia!

“Sudahlah mengaut keuntungan, mereka tidak peduli apa jadi pada anak bangsa, konsert ini juga dikhuatiri mencemarkan kemuliaan bulan Syawal kerana konsert berkenaan mencampurkan lelaki dan perempuan dengan hiburan yang melampau.

“Lupakah kita pada kes kematian akibat pengaruh dadah, artis Kpop yang memeluk dan mencium anak gadis Melayu, yang berlaku ketika konsert-konsert hiburan berlangsung?

“Pihak penganjur dan Selena Gomez perlu menghormati pendirian dan prinsip rakyat Malaysia beragama Islam yang tidak bersetuju konsert ini diadakan di negara ini,” 

Pihak kami menyeru supaya rakyat Malaysia terutama sekali mahasiwa/siswi yang beragama Islam untuk melihat situasi ini dalam konteks kesan jangka masa panjang kepada generasi muda Malaysia.

“Marilah kita berfikir lebih jauh dari kepentingan diri dan kehendak peribadi, dan memikirkan akibatnya kepada masyarakat, negara dan generasi akan datang.

“Konsert ini bukan yang terakhir, jika kita tidak bertindak, ia akan diteruskan dengan pelbagai konsert-konsert hiburan lain yang akan berterusan melalaikan, merugikan masa dan wang ringgit anak muda Malaysia.

“Tunjukkan solidariti menolak penganjuran konsert-konsert hiburan ini, kita ajar para kapitalis-kapitalis itu,
Malaysia bukan destinasi untuk Konsert Hiburan!

Atas dasar nahi mungkar, PERMAI turut memperkenalkan hashtag #AnakMudaBantahHendonisme
#SayNoToMaksiat
untuk menyeru semua umat Islam menolak pelaksanaan konsert yang bakal diadakan Isnin hadapan bersamaan 20 Syawal itu. Mari share dan hashtag sebagai tanda solidariti bersama.

Isnin, 6 Jun 2016

Kem Intensif Al-Quran di Masjid At-Taqwa Kampung Awah, Maran.

Alhamdulillah program Kem Intensif Al-Quran telah berjaya diadakan di Masjid At-Taqwa kampung Awah, Maran pada 28 dan 29 Mei 2016. 
Seramai 43 orang peserta telah terpilih untuk bersama team Permai dalam program KIA kali ini.
Insya-Allah program seperti ini akan sentiasa dilaksanakan di masa yang mendatang. Doakan..

 Produk Permai turut dijual


 Time mak ayah singgah di masjid untuk solat, kanak-kanak kecil ini turut berminat untuk join halaqah







 Kenangan peserta KIA bersama para fasilitator

 Para Fasilitator yang menjayakan program KIA kali ini. Terima kasih atas khidmat bakti kalian.



 Ragam adik Dalili yang membuat sendiri penanda buku bergambar haiwan untuk diberikan kepada fasilitator dan kawan sekumpulan.

aktiviti memanah juga disediakan



 
Great HTML Templates from easytemplates.com.