Isnin, 28 Mac 2016

Kenangan Konpip Kali Ke 14 Tahun 2016

25-27 Mac 2016 berlangsungnya program Konvensyen Pelajar Islam Pahang kali ke 14 tahun 2016 dengan jayanya di Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Ad-Diniah Dong, Raub. Bertemakan "Pemantapan Dakwah Membentuk Generasi Berakhlak”. 

Konvensyen ini merupakan anjuran Jabatan Agama Islam Pahang dengan kerjasama Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Pahang (Permai) dan Sekolah Menengah Agama Dong.

Konpip kali ke 14 disertai seramai 181 orang perwakilan dari 17 buah Badan Dakwah Sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang.

konvensyen yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini berkonsepkan pengisian berbentuk ceramah, aktiviti latihan dalam kumpulan  (LDK) serta  riadhah berpandu. Ketika ‘slot’ latihan dalam kumpulan para perwakilan telah dibimbing oleh fasilitator  membincangkan kaedah pengurusan organisasi seperti kaedah analisis SWOT, penyusunan taqwim yang baik serta kaedah penyediaan kertas kerja dan surat- menyurat. 

Majlis perasmian penutupan Konpip kali ke 14 disempurnakan oleh YH Dato' Hj Mohamad  Noor bin Abdul Rani, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang yang turut dihadiri oleh barisan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang.

YH Dato' Pengarah menyatakan harapan dalam ucapan perasmiannya  agar perwakilan yang terlibat dalam Konvensyen ini dapat mendokong visi JAIP dalam                  Memperkasa Dakwah antara Sekolah Agama di Negeri Pahang dengan sebaiknya serta melaksanakan tanggungjawab sebagai pimpinan badan dakwah sekaligus menjalankan aktiviti dakwah dengan baik di sekolah masing-masing. Beliau juga yakin dan percaya pengisian yang para perwakilan perolehi sepanjang perjalanan konvensyen ini sedikit sebanyak akan menjadi titik tolak kepada permulaan bagi menjadi seorang dai'e dan pemimpin agama yang berkualiti.

Di Majlis penutup juga,  resolusi perwakilan Konpip disepakati oleh semua perwakilan iaitu :
1. Menjadikan Usrah sekolah sebagai inisiatif utama untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin dan berkepimpinan selari dengan falsafah pendidikan JAIP.
2. Menjadikan konsep Amar maaruf dan nahi munkar sebagai matlamat utama Badan Dakwah Sekolah demi melahirkan daie yang berakhlak mulia dan berjiwa kental.
3. Melahirkan Daie yang terbaik akademik dan pengurusan organisasinya demi membentuk modal insan yang cemerlang gemilang dan terbilang.
4. Melahirkan generasi yang beriman dan bertakwa berpaksikan pegangan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Semoga program Konpip yang berhasrat untuk melatih kepimpinan Badan Dakwah Sekolah dapat menjadi sebuah organisasi yang sistematik dan profesional serta melahirkan daie yang berilmu, berketerampilan, berdaya saing, berakhlak mulia dan berjiwa kental.



YH Dato' Pengarah JAIP, Ust Mahtar, Puan Pengetua SMA Dong sedang mengalunkan zikir  Asmaul Husna.

YH Dato' Mohamad Noor bin Abdul Rani, Pengarah JAIP sedang menyampaikan ucapan perasmian.

Gimik perasmian




Perwakilan Muslimin terbaik
Perwakilan Muslimat terbaik

Puan Pengetua SMA Dong menyampaikan cenderamata kenangan kepada YH Dato' Pengarah JAIP

YH Dato' Pengarah bersama Pengerusi Badan Dakwah SMAN Pahang

YH Dato' Pengarah JAIP Bersama Barisan Fasilitator


 YH Dato' Pengarah bersama sebahagian tetamu jemputan


Kenangan Indah Perwakilan Konpip 

Khamis, 24 Mac 2016

Menjelang KONPIP Kali ke 14 tahun 2016

Pengetua SMA Dong mempengerusikan mesyuarat


Mesyuarat penyelarasan AJK Konpip bersama pihak SMA Dong

Harta Karun Konpip :)

 Fail JAIP
Persiapan program Konpip
  


Barisan Fasilitator Konpip yang misteri :), gambar ketika Brainstorm Fasilitator



 Jualan Baju khas sempena Konpip


Rabu, 16 Mac 2016

Kem Intensif Al-Quran di Masjid Al-Hidayah Kuantan

Kem Intensif Al-Quran (KIA) Permai telah berjaya dilaksanakan pada 12-13 Mac 2016 di Masjid Al-Hidayah, Permatang Badak Kuantan. Selama dua hari peserta dibimbing untuk mengenal makhraj huruf, hukum Nun dan Mim mati, hukum Mad dan kaedah khusus dalam bacaan Al-Quran seperti Imalah, tashil dan Ishmam. 

Terima kasih kepada semua peserta dan penjaga kerana menyertai program anjuran Permai dengan kerjasama Masjid Al-Hidayah. Semoga di masa-masa akan datang program sebegini semakin rancak diadakan.


Tea Break

LDK/ Talaqi

Makan Tengahari



Bersama Modul yang digubal khusus

Sesi Pengenalan Mushaf Al-Quran


Ucapan perasmian oleh Ustaz Muzil Adli, Selaku Pegawai MUIP bahagian Masjid merangkap AJK Permai
 Sesi Penyampaian Sijil








Jumaat, 11 Mac 2016

Konpip Kali ke 14 (Lawatan)

10 Mac 2016 ; Barisan eksekutif KONPIP kali ke 14 berkunjung ke Sekolah Menengah Agama Dong, Raub selaku tuan rumah. Kunjungan ini adalah untuk berbincang dengan pihak sekolah dan membuat tinjauan sebelum program KONPIP berlangsung.

 Sebahagian Eksekutif KONPIP yang hadir ke SMA Dong, Raub

Bersama Puan Pengetua dan GPK SMA Dong

Sama-sama kita berdoa semoga program KONPIP kali ke 14 yang dijadualkan berlangsung pada 25-27 Mac berjalan dengan lancar.

Selasa, 8 Mac 2016

Kem Intensif Al-Quran

Jangan lepaskan peluang bersama kami

Orang yang baca akhbar,
mereka hanya tahu berita semalam sahaja.
Akan tetapi orang yang baca Al-Quran mereka akan tahu berita semalam dan masa akan datang.
Maka untuk membaca Al-Quran ada kaedahnya yang perlu dipelajari.
Jangan lepaskan peluang untuk sentiasa mempelajari Al-Quran.

 
Great HTML Templates from easytemplates.com.