Isnin, 28 Mac 2016

Kenangan Konpip Kali Ke 14 Tahun 2016

25-27 Mac 2016 berlangsungnya program Konvensyen Pelajar Islam Pahang kali ke 14 tahun 2016 dengan jayanya di Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Ad-Diniah Dong, Raub. Bertemakan "Pemantapan Dakwah Membentuk Generasi Berakhlak”. 

Konvensyen ini merupakan anjuran Jabatan Agama Islam Pahang dengan kerjasama Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Pahang (Permai) dan Sekolah Menengah Agama Dong.

Konpip kali ke 14 disertai seramai 181 orang perwakilan dari 17 buah Badan Dakwah Sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang.

konvensyen yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini berkonsepkan pengisian berbentuk ceramah, aktiviti latihan dalam kumpulan  (LDK) serta  riadhah berpandu. Ketika ‘slot’ latihan dalam kumpulan para perwakilan telah dibimbing oleh fasilitator  membincangkan kaedah pengurusan organisasi seperti kaedah analisis SWOT, penyusunan taqwim yang baik serta kaedah penyediaan kertas kerja dan surat- menyurat. 

Majlis perasmian penutupan Konpip kali ke 14 disempurnakan oleh YH Dato' Hj Mohamad  Noor bin Abdul Rani, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang yang turut dihadiri oleh barisan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang.

YH Dato' Pengarah menyatakan harapan dalam ucapan perasmiannya  agar perwakilan yang terlibat dalam Konvensyen ini dapat mendokong visi JAIP dalam                  Memperkasa Dakwah antara Sekolah Agama di Negeri Pahang dengan sebaiknya serta melaksanakan tanggungjawab sebagai pimpinan badan dakwah sekaligus menjalankan aktiviti dakwah dengan baik di sekolah masing-masing. Beliau juga yakin dan percaya pengisian yang para perwakilan perolehi sepanjang perjalanan konvensyen ini sedikit sebanyak akan menjadi titik tolak kepada permulaan bagi menjadi seorang dai'e dan pemimpin agama yang berkualiti.

Di Majlis penutup juga,  resolusi perwakilan Konpip disepakati oleh semua perwakilan iaitu :
1. Menjadikan Usrah sekolah sebagai inisiatif utama untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin dan berkepimpinan selari dengan falsafah pendidikan JAIP.
2. Menjadikan konsep Amar maaruf dan nahi munkar sebagai matlamat utama Badan Dakwah Sekolah demi melahirkan daie yang berakhlak mulia dan berjiwa kental.
3. Melahirkan Daie yang terbaik akademik dan pengurusan organisasinya demi membentuk modal insan yang cemerlang gemilang dan terbilang.
4. Melahirkan generasi yang beriman dan bertakwa berpaksikan pegangan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Semoga program Konpip yang berhasrat untuk melatih kepimpinan Badan Dakwah Sekolah dapat menjadi sebuah organisasi yang sistematik dan profesional serta melahirkan daie yang berilmu, berketerampilan, berdaya saing, berakhlak mulia dan berjiwa kental.



YH Dato' Pengarah JAIP, Ust Mahtar, Puan Pengetua SMA Dong sedang mengalunkan zikir  Asmaul Husna.

YH Dato' Mohamad Noor bin Abdul Rani, Pengarah JAIP sedang menyampaikan ucapan perasmian.

Gimik perasmian




Perwakilan Muslimin terbaik
Perwakilan Muslimat terbaik

Puan Pengetua SMA Dong menyampaikan cenderamata kenangan kepada YH Dato' Pengarah JAIP

YH Dato' Pengarah bersama Pengerusi Badan Dakwah SMAN Pahang

YH Dato' Pengarah JAIP Bersama Barisan Fasilitator


 YH Dato' Pengarah bersama sebahagian tetamu jemputan


Kenangan Indah Perwakilan Konpip 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

 
Great HTML Templates from easytemplates.com.