Selasa, 26 April 2016

Permai bersama BADIS di SMA Guai

PERMAI telah menerima jemputan dari pihak Badan Dakwah dan Surau (BADIS) SMA ITI'FAQIAH GUAI TEMERLOH untuk menjayakan Program Pengurusan Organisasi. Program berlangsung  pada hari Ahad 24/4/2016. 
Program ini bertujuan memberi pencerahan dan melatih AJK Badan Dakwah dan Surau (BADIS) budaya kerja  secara berorganisasi di peringkat sekolah menengah.

Realiti semasa, pelbagai isu di kalangan remaja yang memerlukan gerak kerja dakwah dijalankan bersistematik dan terancang seiring Firman Allah dalam surah As-Saff ayat ke 4.

Terima kasih kepada guru-guru penasihat BADIS kerana memberi kepercayaan kepada  PERMAI berkongsi pengalaman dan memberi panduan menguruskan Badan Dakwah sekolah.

Sekalung terima kasih juga kepada barisan fasilitator  yang telah memberi tunjuk ajar dan dapat meluangkan masa bertemu dengan para pelajar di SMA Guai, Temerloh.

Semoga usaha kita semua diberkati dan dapat diteruskan lagi di masa akan datang.


 Taaruf Fasi


 Cergas Minda


Team Permai bersama AJK BADIS SMA Guai

Selasa, 12 April 2016

Jamuan Kesyukuran dan postmortem Konpip kali ke 14 tahun 2016

Alhamdulillah, KONPIP Kali ke 14 tahun 2016 telah berjaya dilaksanakan. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya YH Dato' Pengarah Jaip, Bahagian Pendidikan JAIP, Pengetua dan Guru SMA Dong, MUIP, Eksekutif pelaksana program, saf fasilitator, penyumbang-penyumbang dana yang tidak dikenali, serta semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak. Semoga Allah SWT menganjari kalian semua dengan pahala, rezeki dan jariah yang berlipat kali ganda, Insya-Allah.

Eksekutif KONPIP berkesempatan membuat mesyuarat postmortem dan jamuan kesyukuran sempena selesainya program KONPIP kali ke 14 tahun 2016.


 Menu Nasi Arab Iraq

Bergambar kenangan

Isnin, 11 April 2016

Bersama Badan Dakwah SMA Chenor di Pekan Sari Temerloh

Alhamdulillah, sempena dengan Kempen Menutup Aurat yang dianjurkan oleh Badan Dakwah SMA Chenor, maka pada 10.4.2016 Badan Dakwah SMA Chenor bersama dengan Permai telah turun mengedarkan risalah di Pekan Sari Temerloh. Program edaran risalah  bermula jam 9.00 pagi  sehingga 10.30 pagi. Setelah itu semua yang terlibat berkumpul di perkarangan Masjid Abu Bakar Temerloh. Semoga program sebegini dapat dirancakkan lagi di masa mendatang.






 Cenderamata buat akak fasi


 Ucapan aluan dari Presiden Badan Dakwah SMA Chenor

 Ahli Badan Dakwah SMA Chenor bersama guru penasihat

 Warga Permai bersama Badan Dakwah SMA Chenor



 
Great HTML Templates from easytemplates.com.