Ahad, 24 Julai 2016

BELASUNGKAWA : Perginya Seorang Murobbi Ummah Tuan Guru Haji Salleh Musa]


[BELASUNGKAWA : Perginya Seorang Murobbi Ummah Tuan Guru Haji Salleh Musa]

من المؤمنین رجال صدقوا ما عاهدوا الله علیه فمنهم من قضی نحبه ومنهم من ینتظر وما بدلوا تبدیلا

Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)

Al-Marhum Tuan Guru Haji Salleh Musa menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar jam 8.15 malam semalam, dalam usia 87 tahun.

PERMAI merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Al-Marhum dan merasai bahawa hilangnya sebuah permata agama yang sukar dicari ganti.

semoga perginya seorang ulama' permata agama ini mengingatkan kita kepada sebuah kematian yang pasti buat semua hambaNya. ِ

Berikut sedikit profil dan latar belakang Almarhum Tuan Guru Haji Salleh bin Musa buat tatapan semua pembaca

Nama : Tuan Guru Hj Salleh bin Musa

Tarikh Lahir : 08.02.1929

Ayah : Tn Guru Hj Musa bin Salleh

Ibu : Khatijah bt Md Saad Mehamad

Tempat lahir : Pekan Sik Kedah

Bil Adik beradik : 8 orang

Anak ke : 3

 Pendidikan : 
1. Sek Rendah Keb Sik (Dan ke Pondok Tn Hussin Kedah, kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru Sekejap sahaja disana)

2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah

3.Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy

 Keluarga :
Berkahwin Dengan Hjh Hatiah Bt Hanafi. Mendapat 2 Orang Cahaya Mata Semasa Belajar Di Makkah. (Tn Guru Memiliki 11 Orang Cahaya Mata Semuanya). Kini Isteri Beliau Sudah Meninggal Dunia Dan Tn Guru Sekali Lagi Berkahwin Dengan Hjh Sofiah Bt Hj Awang..

 Perkhidmatan :
Tahun 1964 Tn Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik .

Tn Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang .
Sekarang Tn Guru dibantu oleh anak beliau Syeikh Muslim sebagai Timbalan Mudir .

Tn Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negri Kedah Darul Aman .

Beliau Merupakan Tokoh Ulama' Tauhid Di Alam Melayu Sekarang , Pelajar Pondok seluruh Malaysia , Thailand Akan Berkumpul Di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik Setiap Bulan Ramadan Semata-Mata Untuk Belajar Ilmu Tauhid Dengan Tn Guru Hj Salleh

Antara Masyaikh (Hafizohumullah) Yang Pernah Menziarahi Beliau :- - Syeikh Yusuf Muhyiddin Riq El-Bakhur Al-Hasani - Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani (Mesir) - Syeikh Ahmad Mamduh (Ahli Majlis Tertinggi Fatwa Mesir) - Syeikh Solah Khalifah Muhammad Khalifah. - Habib Muhsin Al-Yamani - Tuan Guru Ismail Sepanjang - Habib Kazim (Yaman ) - Habib Abdullah (Jeddah) - Syeikh Habib (Jordan) - Habib Ali Zainal Abidin (Indonesia) - Baba Karim (Thailand) - Syeikh Ibrahim Ibn Masran Al-Banjari - Syeikh Muhammad Husni Ginting Bin Muhammad Hayat - Tuan Guru haji Ghazali Ahmad (Baba Li) - Syeikh Rohimuddin Al-Bantani Dan ramai lagi.

 Anugerah :
KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran , diantaranya B.K.M , S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009,

Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Dato' Seri Di-Raja Ust Azizan Abd Razak meanugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah , 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik

Sumber biodata : Page Madrasah Ar-Rahmaniah/Pondok Tuan Guru Haji Salleh bin Musa - Official

Sabtu, 23 Julai 2016

Jom Bantah Hedonisme

Pihak PERMAI menolak sekeras-kerasnya penganjuran konsert artis antarabangsa, Selena Gomez yang bakal diadakan di Stadium Tertutup Melawati pada 25 Julai ini serta turut mengecam sikap materialistik penganjur konsert yang mempromosikan hedonisme Barat.

Program ini dapat menyifatkan bahawa penganjur seperti kapitalis yang menjadi kaya raya dengan menjual racun untuk membunuh akhlak, merosakkan pemikiran dan masa berharga anak muda di Malaysia.

Pihak penganjur langsung tidak memikirkan kesan sosial dan akhlak di kalangan mahasiswa dan belia di Malaysia.

“Sikap materialistik penganjur konsert ini dikecam sekeras-kerasnya, di mana syarikat-syarikat ini mengaut keuntungan berlipat ganda dari penjualan tiket dan penajaan yang boleh mencapai kutipan dan penajaan jutaan ringgit!

“Mereka tidak sensitif dengan rakyat Malaysia yang menolak konsert hiburan yang membuang masa, merugikan wang ringgit dan tidak menyumbang kepada pembangunan akhlak dan sahsiah rakyat Malaysia!

“Sudahlah mengaut keuntungan, mereka tidak peduli apa jadi pada anak bangsa, konsert ini juga dikhuatiri mencemarkan kemuliaan bulan Syawal kerana konsert berkenaan mencampurkan lelaki dan perempuan dengan hiburan yang melampau.

“Lupakah kita pada kes kematian akibat pengaruh dadah, artis Kpop yang memeluk dan mencium anak gadis Melayu, yang berlaku ketika konsert-konsert hiburan berlangsung?

“Pihak penganjur dan Selena Gomez perlu menghormati pendirian dan prinsip rakyat Malaysia beragama Islam yang tidak bersetuju konsert ini diadakan di negara ini,” 

Pihak kami menyeru supaya rakyat Malaysia terutama sekali mahasiwa/siswi yang beragama Islam untuk melihat situasi ini dalam konteks kesan jangka masa panjang kepada generasi muda Malaysia.

“Marilah kita berfikir lebih jauh dari kepentingan diri dan kehendak peribadi, dan memikirkan akibatnya kepada masyarakat, negara dan generasi akan datang.

“Konsert ini bukan yang terakhir, jika kita tidak bertindak, ia akan diteruskan dengan pelbagai konsert-konsert hiburan lain yang akan berterusan melalaikan, merugikan masa dan wang ringgit anak muda Malaysia.

“Tunjukkan solidariti menolak penganjuran konsert-konsert hiburan ini, kita ajar para kapitalis-kapitalis itu,
Malaysia bukan destinasi untuk Konsert Hiburan!

Atas dasar nahi mungkar, PERMAI turut memperkenalkan hashtag #AnakMudaBantahHendonisme
#SayNoToMaksiat
untuk menyeru semua umat Islam menolak pelaksanaan konsert yang bakal diadakan Isnin hadapan bersamaan 20 Syawal itu. Mari share dan hashtag sebagai tanda solidariti bersama.

 
Great HTML Templates from easytemplates.com.