Tawaran Program


Assalamualaikum wbt. 

Kami PERMAI menawarkan khidmat program dan bersedia membantu mana-mana institusi untuk mengisi dan memenuhi taqwim anda dengan program dan aktiviti yang berfaedah bagi mendedahkan anak muda dan generasi masa depan dengan ilmu dan persediaan masa depan!!!

1 - Khemah Ibadah/Kem Anak Soleh dsb.

Khemah Ibadah biasanya diadakan kepada pelajar Ting 1 - 3 dan sekolah rendah. Pengisian yang di dedahkan biasanya yang tidak terdapat di dalam bilik darjah.

Tempoh : i) 3 hari 2 malam ~ Jumaat-Ahad
               ii) 1 hari ~ pagi - petang (modul di pilih hanya yang berakaitan masa sahaja)

Modul : Sesi Taaruf, Ceramah, LDK (Aqidah, Ibadah, Akhlak), LDK~ (Praktikal & Perbincangan), Slot Khas, Muhasabah.

Harga : Boleh runding/bergantung kepada tenaga penceramah, Fasilitator

2- Kem Bina Jatidiri/Kepimpinan/Qiadi/Motivasi

Kem Bina Jatidiri/Kepimpinan/Qiadi biasanya diadakan kepada pelajar 4-5. Terdapat juga buat mereka yang menjadi kepimpinan pelajar di ipt, kolej, pengawas sekolah, badan dakwah dsb. Pengisian yang di dedahkan biasanya yang berbentuk mencabar minda dan fizikal. Juga beberapa modul kepimpinan serta teknik-teknik berorganisasi.

Tempoh : 3 hari 2 malam ~ Jumaat-Ahad atau lebih

Modul : Sesi Taaruf, Ceramah, LDK (Kepimpinan, Komunikasi, SWOT), LDK~ (Praktikal & Perbincangan), Aktiviti Lasak/Fizikal/Kawad/Jungle Tracking (bermodul).

Harga : Boleh runding/bergantung kepada tenaga penceramah, Fasilitator

2- Kem Intensif Al-Quran/Celik Al-Quran/

Kem Intensif Al-Quran biasanya diadakan kepada pelajar 3-5. Terdapat juga permintaan kepada mahasiswa ipt, kolej, pengawas sekolah, badan dakwah dsb. Pengisian yang di dedahkan bagi memahamkan tentang ilmu Al-Quran serta beberapa teknik membaca Al-Quran dengan betul. Memandangkan pembelajaran Al-Quran tidak memadai dengan tempoh masa yang singkat, makanya di dalam program ini kami akan memdeahkan beberapa perkara asas juga sebagai motivasi untuk terus menerus belajar Al-Quran.

Tempoh : 3 hari 2 malam ~ Jumaat-Ahad atau lebih


Modul : Sesi Taaruf, Ceramah, LDK (Rasm Uthmani, Pengenalan Asas Tajwid, Hukum 5 (Nun Mati & Tanwin), Pengenalan Asas Qiraat, Tahsin Al-Fatihah), LDK~ (Praktikal & Perbincangan), Aktiviti Fizikal bermodul dan kaitannya dengan Al-Quran/Tajwid.

Harga : Boleh runding/bergantung kepada tenaga penceramah, Fasilitator



Untuk tempahan tarikh mengikutt taqwim PERMAI. Maklumat Lanjut :

Ustaz Azraie : 0199841106 /  Ustaz Zarimi : 0199610849



 
Great HTML Templates from easytemplates.com.